Thursday, 28 June 2012

Are U Water Fat a.k.a Gemuk Air?

Bercanda di Pasiran Pantai..
Orang kita nie memang suka melabelkan semua benda.. Sampaikan gemuk pun ada label..Salah satu yang popular "Gemuk Air".. Sejujurnya sampai sekarang aku tertanya-tanya gemuk air tu macam mana eh? Adakah bonjolan-bonjolan lembek di badan tu sebenarnya ialah air bukannya lemak..Baru la dikategorikan sebagai "Gemuk Air"..Udahnya aku tak penah pulak dengar orang ngaku "Aku nie Gemuk LEMAK".. yang selalu dengar "Aku nie Gemuk AIR" 





Setahu aku la istilah Gemuk Air nie tak bape betul, yang sebetulnya ialah "Water Retention".. Ia berlaku disebabkan kita makan makanan yang bergaram tinggi. Garam atau istilah lain iaitu Sodium.. Sebenarnya dalam semua makanan y kita makan ada Sodium. Garam y kita selalu tambah dalam makanan dalam bentuk pasir tu ialah Sodium Klorida.  Garam ialah mineral yang penting dalam badan kita, tapi kita cuma perlu sikit.. Kurang tak boleh, terlebih pun tak boleh.. Bak kata Susu Sejat, kita hanya perlu 6g iaitu 1 sudu teh sahaja.. Pentingnya garam ni kerana ia mengawal jumlah air dalam badan (elektrolit), mengekalkan pH darah, membantu dalam transmisi isyarat saraf (neurotrasmitter) dan kontraksi otot. *tetiba mcm berilmiah sgt, padahal nie aku cilok dari susu sejat..hakak tak pandai mcm nie dik"


Kalau korg perasan la, jika lepas korang makan fast food.. Perut korang akan rasa buncit semacam *memang selama nie buncit pun, tapi ni buncit lain macam..erk..aku la, korang tak..ehehe*.. Itu dipanggil bloated. Sebab korg pun tau kan makanan fast food nie tinggi garam sekaligus akan menyebabkan "water retention".. Di mana terlebih garam akan menyebabkan badan kita simpan air lebih banyak. 

Nampak ke tak?

Cara penyelesaiannya mudah jer..Kurangkan garam, makan fiber,minum lebih air,  minum kopi or teh (sifat diuretics) dan sauna .. itu jer caranya..hahaha.. Orang yang rasa dia tu Gemuk Air, jika dia ikut tips nie, badan dia automatik akan buang lebihan air.. Tapi agak-agak korang la..badan jadi slim terus ke? Mesti la tak, sebab yang gemuk tu lemak sebenarnya...muhahahaha.. 

Satu lagi untuk pengetahuan korang, carbs jugak sifat nya cenderung utk hold air. Kalau kita baru mula-mula nak berdiet, selalunya kita akan kurangkan pengambilan carbs.. Pada minggu pertama memang berat akan turun banyak.. Tetapi jangan la suka sangat, sebab kemungkinan besar yang banyak turun ialah air selain dari lemak. Ditambahkan 70% dari badan kita ialah air, makanya ia cepat turun dan cepat naik.. 


** Sebenarnya sampai sekarang aku rasa annoying kalau ada org mengaku dia tu Gemuk Air.. aku rasa istilah tu macam tak kena.. boleh tak kata "water rentation" jer... kalau dah body fat tinggi yahamat, dgn lemak berlipat-lipat tu maknanya LEMAK.. 

ok sekian, aku minta hampunnnn kalau ada yang terasa.. aku bukan pandai sangat, tapi ini pada pendapat peribadi aku..

21 comments:

jep kama said...

garangnye cikin..marah tol kat gemok air ni..

jep kama said...

garangnye cikin..marah tol kat gemok air ni..

jep kama said...

garangnye cikin..marah tol kat gemok air ni..

cik bonbon said...

abe jep...

nape komen byk sgt..

ck tak garang la...

ck gurau-gurau manja jer

Anonymous said...

Haha... Aku pun menyampah...
Kwn aku kta dia gemuk air... Sbb bdan dia lembik2..
Tetiba dia kta kat aku 'ko tu gemok daging'
Aku mcm... WTF???
Tapi aku dah mlas nak explain...
Penat wooooo

Jn

cik bonbon said...

hahaha...
badan dia lembek2 sbb dia tak senam...
cuba ko kata kt dia..
gemuk air nie senang jer..kena buang air tu..
iaitu dgn cara kurangkan garam...
kalau air tu dah semua turun..lemak y tinggal..
jadi pulak gemuk lemak..hahaha

Ugly duckling said...

masa pi mengurut, tukang urut kata sy gemuk air. dia ckp mesti suka mandi malam kan. ya betul. pastu dia kata badan sy lembik cam jelly. dia suruh masuk sauna. bagi sy, secara scientific kita exercise mcm biasa dan jaga makan sebab those things work tapi buat jugak urut semua tu untuk bagi darah jalan, buang angin etc.

cik bonbon said...

lama tak g urut...
bestnya dpt g urut....seronok dpt urut2 nie..
memang biasa la org kita suka sebut gemuk air..
aku pun penah org ckp aku nie gemuk air..tapi aku jarang mandi malam..
adoiii.. part y berlemak biasa la lembek2..
tambah kalau y dok lose weight.. bila sentuh rasa flabby, mungkin sebab lemak mula hilang..kulit adalah benda y hidup..ambik masa utk mengecut..

Anonymous said...

Tak larat ooh nak cerita kalori dgn dia...
Kata nak diet... Taknak mkn nasi...
Nak mkn mekdi..
Aku... Terkesima istana kaca...(ala ala tok ti)..
Aku dah bg link ss pun dia tak cye...
Bila aku mkn nasi, dia kta kat aku
"kata nak diet???"
Aku mcm nak lempang dia laju2...
Hehe jgn stress bca pengalaman aku
Heeeee

Jn

K.Maz said...

haha..ramai je yg camni..x nak trima hakikat yg lemak btimbun...sbb tu derang suka guna istilah gemuk air tu..

K.Maz said...

Hai JN,
rasa buang masa je kan kite citer pasal kalori n exercise ngan org camtu? tu x masuk yg trus2 p promote produk...payah nak tukar mind set org camni..

Anonymous said...

ha ah kak maz...
mentaliti orang melayu..
gemuk air la, angin la,, daging la
sendiri gemuk tak nak ngaku..

kesian..kesian..

jn

cik bonbon said...

JN...
nanti ko betul2 slim mesti dia terhegeh2 tanya rahsia..
time tu ko boleh ckp..rahsianya ialah mkn nasi..wakakaka.. aku amalkan ckp mcm nie la klu ada org tanya..

K.Maz...
sy ingat sy sorg jer y rasa mcm nie.. syukur ada gak org sependapatn dgn sy.. sy nak tulis entry nie ambik masa sbb takut salah info serta ada y tersinggung..

Anonymous said...

alah tulih ajer sinis sikit
baru they all tau..
jgn hanyut ajer..
percaya pada benda yang tah hape hape tah
yes nanti aku cakap nasi la..
meste muka buat tak caya..mencikk

jn

cik bonbon said...

hehehe....
tips ckp mkn nasi tu berkesan..
tgk la reaksi muka nganga depa nanti..
memang best..haha

Anonymous said...

Aku suka kira kalori...
Sbb aku boleh mkn mcm mcm..
I loike...

Jn

Bimbo said...

JN , aku stuju 200%
sangat menyampah ngan orang yg taksub giler kata kalu nak kurus takleh makan nasik
dah tu siap ckp kat kita yg workout mcm nak mampos ni "eh, kata diet..apsal makan nasik ngan lauk mcm2" or "patot la tak kurus2, makan nasik lagik"
perghh mmg aku nak lempang on the spot la camtu haha

Anonymous said...

Btul tue bimbo. Kdng2 aku tgh mkn dorg tegur. Tcekik aku. Apala..
Tapi td kwn aku yg llk ckp aku npk kurus..
Aku mcm tak percaya.. Haha..sila percaya.hahahaha

Okey tak lawak.

Jn

cik bonbon said...

pergh..dah ada org puji dah kurus..
kembang la bonbon ko..hehehe

intandayani said...

tq cik kin..baru la paham skrg npe perut ni makin lama makin moncit tahap gaban...ingatkan pasal slalu amik minuman manis...ke gula pun bole jadi punca perut moncit?

cik bonbon said...

sama2..
perut muncit sebab lemak berlebihan di perut..
minum air manis kan tinggi gula.. gula berlebihan dlm badan akan ditukar jadi lemak..

Post a Comment