Wednesday, 6 June 2012

Kisah Permulaan Aku Bercerai Dengan Lemak Vol. 1

Tomey tak pic nie..?? pic gegurl main yoyo kan.. Topik kita hari nie mengenai cara2 main yoyo.. *apekah? tajuk entry tak selari dgn picca.. dey...%$#+@^* Ops tershashul pulak.. ekekeke.. Yang sebetulnya ialah YOYO.. Yoyo y aku nak ceritakan mengenai beberapa fasa naik turun berat aku, lebih tepat Sindrom Yoyo.. 





Sejak aku dilahirkan hingga la aku SPM, aku membesar seperti kanak-kanak riang y lain.. Aku tidak mengalami masalah berat badan. Aku makan banyak tapi aku main banyak..Asal petang jer hilang g menikmati zaman kanak-kanak ribena..Tapi semakin aku meningkat remaja, isu berat badan semakin menjadi sensitif bagi aku. Bila aku mula memasuki Tingkatan 5, suar jeans kegemaran aku makin ketat sampai kan satu tahap aku tak leh nak tarik atas, tapi aku paksa sampai konyak suar tu.. *time tu tak sedar diri makin membulat* Tambah2 nak SPM, dok mengunyah jer la keje aku. Akibatnya aku membulat dgn jayanya.. 


time tecik-tecik


YoYo ke-1
Selepas SPM, sedara mara tegur badan dah naik.. *JENG JENG.......bunyi effect cam dlm tv* Berat aku naik 64kg... OMG aku berada di border nak masuk BMI overweight... Sepanjang cuti sebelum masuk matrik, aku berusaha untuk turunkan berat.. Alhamdulillah aku berjaya turun ke 60kg..


Yoyo ke-2
Selepas menamatkan matrik percaya tak aku dpt balik semua berat y aku dah turun sebelum nie... *WTF tutt tuttt* Bermula lah fasa ke 2 penurunan berat badan aku.. Syukur berat aku dah turun semula dlm 60kg. Basically, cara aku turun berat dari adalah lebih kurang sama.. Korang mesti nak tau kan..hehe... Time nie dok bodoh2 lagi pasal ilmu diet.. 
  •  Pagi2 berjalan dlm 40 minit ulang alik dalam rumah.
  • Petang bererobik/skipping/free style jumping/naik turun tangga - semuanya aku buat dlm rumah jer
  • Rutin senaman dlm 6 kali seminggu
  • Dari segi pemakanan, aku kurangkan kuantiti.. nasi makan jugak cuma ambik separuh
  • Malam aku cicah biskut kering dgn milo
Yoyo ke-3
Zaman U bagi aku y paling indah, penuh warna warni mcm cete Ali Setan gitew *rindu siot saat-saat tu*... Tanpa disedari setan lemak sedikit demi sedikit ternak dlm badan aku.. Almaklum la, makan tak jaga langsung.. Maggie tu kira jadi sahabat setia.. Time nak exam g jelajah bilik2 mamber cari ada apa2 nak makan waktu stay up *keji tul perangai aku..haha* Hasil peternakkan, berat naik sampai 67kg.. Tu dia siap tambah cream lagi lemak nie. 

Akhirnya aku insaf... Cuti sem tahun ke 3 aku mulakan balik regim turun berat.. tapi kali nie dgn cara berbeza.. Aku mula rajin mencari ilmu diet n fitness..Bermula la episod aku selongkar info dlm internet, tv, buku dan majalah.. Sampai la satu hari masa aku dok kemas stok buku2 lama ayah aku, aku terjumpa buku y telah mengubah konsep aku terhadap senaman.. Buku berkaitan dgn "weight lifting" bertajuk BOTTOMS UP dikarang oleh Joyce L.Vedral tahun 1993.. Bayangkan 10 tahun buku nie diperam ibarat fosil oleh ayah aku..Point y paling ditekankan oleh buku ini ialah:-

ANGKAT BERAT TAKKAN MEMBUATKAN PEREMPUAN JADI MACAM BODY BUILDER SEBALIKNYA AKAN MENJADIKAN BADAN JADI FAT BURN MACHINE 24/7.. 

caya tak pic aunty nie umo 40 ++


Kiranya nie la kitab pertama aku tentang cara2 angkat berat. Dumbel usang abang aku la jadi mangsanya..Memandangkan prinsip buku nie ialah cara superset so kena guna 3 jenis dumbell. Aku guna berat dlm 2 lbs, 5lbs dan 10lbs  Gigih tul aku ikut plan dlm buku nie.. Bayangkan bila sem baru buka semangat aku angkut besi 5lbs nie naik bas dari Penang ke JB..Terhoyong hayang aku menjijit beg, masuk bas terus aku lempar jer..keletang, keletung...haha. Siap kena tegur dgn pakcik bas, "dik bawa batu ker"..hehe...Tapi buku nie aku tak bawa, sebaliknya aku buat lukisan org lidi utk rujukan aku kt hostel nanti.. Y pasti aku kena gelak dgn kwn aku dek lukisan ala2 tadika tu..haha... Hasilnya aku turun 10kg... Berat aku jadi 57kg.. Paling kurus aku dpt rasakan...Y paling syok sebelum cuti sem, kawan aku kasi seluar lama dia tetapi aku tak muat. Habis cuti sem terus dpt pakai seluar tu..Happy sangat..  Korang mesti nak tau kan macam mana rahsia aku.

  • Pagi2 buat erobik
  • Petang berjalan/skipping/free style jumping/naik turun tangga. Selepas tu angkat berat selang seli upper body dan lower body
  • Rutin senaman dlm 6 kali seminggu
  • Dari segi pemakanan cuma kurangkan kuantiti tapi nasi tetap makan siang dan malam..dah tak mkn biskut cecah milo..ekeke...  
time paling slim <--sori kauliti pic agak buruk

Percaya tak korg walaupun aku dah slim aku tetap tak rasa aku slim.. Secara psikologinya aku masih nampak diri aku nie gemuk. Tambahan pulak kwn2 rapat aku badan jenis halus mulus... tu la namanya tak bersyukur.. Akhirnya aku terpaksa melalui lagi satu fasa Yoyo.... nangehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....


Yoyo ke-4
Langit tidak selalu cerah.. Hujan tidakkan berpanjangan....Maka yoyo aku nie berputar lagi..
to be continue.............
.
.
.
.
.
.
.
tak puas ker?
.
.
.
.
.
.


ok la aku kasi sneak pic utk korg dulu

my heaviest weight

Utk sambungan boleh baca di sini : Kisah Pertengahan Aku Bercerai Dengan Lemak Vol 2

kamus fitness
superset = dua jenis otot di "serang" secara berselang seli tanpa henti


8 comments:

Anonymous said...

comeynye mase tecik...blh jdik juare yoyo nih..

cik bonbon said...

abe jep.. time tecik2 jer ke y comel?

Anonymous said...

alah.. intermission la plaks.. baru tgh bca...

jn

Jalilah Nur said...

tapi aku bangga ko tak penah amik produk o fad diet...

jn lagi

cik bonbon said...

thax..pagi2 buta ko dah sudi baca blog aku..haha..
ko memang boleh dpt anugerah loyal follower aku la..haha...

yup aku tak penah amik produk mcm tu sbb aku buat natural pun berat leh turun.. cuma kena sabar jer.. masalah org kita tak sabar...

La Cocca Di Papa' said...

wow suke tgk ko time slim!!!
go bam u can do it....

Anonymous said...

huhu aku pun kenkadang tak sabar..
tetambah bila time plateau..
rasa nak baling penimbang... warggghh ..rage!

jn

cik bonbon said...

JN..

aku pun mcm ko gak..rasa nak g bom scale tu...haha

Post a Comment