Saturday, 23 June 2012

Menu Sihat: Daging Masak Halia


Daging Masak Halia

Aku nak kongsi antara menu kegemaran aku.. Menu yang semestinya mudah, cepat dan sedap..Aku nie lidah melayu tulen tak pandai nak buat weastern2 nie..hehe. Sebenarnya aku jumpa resepi nie dalam buku masakan, tapi aku olah sedikit agar lebih sihat. Jikalau ikut prinsip diet, daging tidak digalakkan makan kerana lemaknya yang tinggi berbanding daging putih. Tapi sekali sekala apa salahnya, sebab daging merah juga membekalkan zat dan protein yang tinggi.  *hakikatnya stok daging banyak, ayam lak dah habis..so terpaksa habiskan daging nie..wakakaka* Resepi yang sama jugak boleh digunakan untuk ayam... 


 DAGING MASAK HALIA ~ (anggaran utk 4-5 orang)


Bahan-bahanya

Bahan-bahan:
  • Daging -400g (dihiris)
  • Sos tiram - 2 sudu besar
  • Tepung jagung - 1 sudu teh
  • Lada hitam - 1 sudu besar (ditumbuk)
  • Jintan manis - 1 sudu teh (ditumbuk)
  • bawang kecil - 3 biji (dihiris)
  • bawang besar- 1 biji (dipotong bulat2)
  • bwang putih - 3 biji (dihiris)
  • halia - 1.5 inchies (dihiris) 
  • tomato - 1 biji (dibelah 4)
  • cili merah - 1 biji (dipotong memanjang)
  • cili padi - 2 biji (dititik)*suka pedas leh letak lebih
  • daun bawang - 1 batang (bahagikan bahagian batang dan daun)
  • Air secukupnya
Cara-cara:
  • Rebus daging, halia, bawang merah, bawang putih dan batang daun sup sehingga daging empuk.

  • Bancuh tepung jagung, lada hitam, jintan manis dan sos tiram dalam 1 cawan air. Kemudian tuang bancuhan tadi ke dalam periuk. Masakkan sehingga kuah agak pekat.

  • Masukkan cili merah, cili padi, tomato dan bawang besar. Kacau rata. Perasakan dengan garam jika perlu. Sebenarnya aku tak letak pun garam sebab dah cukup sedap.
  • Tutup api. Tabur lebihan daun sup. Sedia untuk dihidangkan. Yum yum...




Analisis Kalori:
Satu senduk = 150kcal *ini hanya anggaran bergantung pada tahap kebesaran senduk dan jugak jumlah kuah yang dikaut*

TIPS:
Untuk lebih sihat, kurangkan penggunaan sos tiram

BON APPETIT 

~Pergh..rajinnya aku buat selangkah demi selangkah pic.. muahaha..tetiba kagum dgn tahap kerajinan diri sendiri


9 comments:

jep kama said...

wah sambil masak dan lg snap pic..xhangos ke nti.haha

cik bonbon said...

pro la katakan....walaupun guna kamera hp bodoh2 jer

ekeke....

Anonymous said...

Wah syikin... I tgh kagum neh...
I ase u patot wat cookbook la...
Trus naik slera i...
Esok nak g pasar cri dging n bahan2...
Pasti sedap!!!

Jn

cik bonbon said...

lor... aku nak buat cookbook ka?
sedangkan resepi nie pun aku cilok dari buku org lain.. kang kena saman hak cipta pulak..hahaha

wahh... sok jugak nak buat ker?
nanti dah siap sila bagi laporan..hehe

Anonymous said...

Lorh bon aku lupa aku kna g pendaftaran
Budak baru... Sudahnya mkn kt tmpt kje.. Huuu

Jn

cik bonbon said...

mcm tu pulak..hehe....
so ko dah try lum resepi ni?

Anonymous said...

Blum bon.. Bz bangettt... Budak stdnt 1st year bru msuk nehhh...

Jn..

K.Maz said...

mmmm..i likeee part masak2 nih, dah rutin setiap hari kan...dah lama x beli daging...mayb try ngan ayam dululah..keep on sharing... selalu pening fikir apa resipi2 sihat n sedap...klu nak reka2 sdiri, slalu otak dok kata x sedap sbb kena kurang itu n ini...

cik bonbon said...

K.Maz...
nanti dah try menu nie komen eh..
nak tau gak sedap ker tak..hehe..

nak fikir resepi sedap senang jer..
nak fikir resepi sedap yang sihat tu y susah..hehe

Post a Comment