Saturday, 9 June 2012

Bersenam Itu Bagus ~ SS vol 3 (Counter Strike Fat Workout)

Wah dah nak masuk 3 posting aku buat tuk kempen Susu Sejat nie.. Apekah?? terover pulak minah nie.. hahaha.. tak de apa pun cuma aku excited nak share workout simple2 y aku suka buat.. sbb rata2 org kita fikir nak senam jog, hiking n naik beskal.. tak de variasi dan cepat bosan.. 



Aku adalah kipas-susah-mati bodyweight workout..sbb ia mudah, tak perlu peralatan banyak, boleh buat dlm bilik dan berkesan utk cardio n strength..sgt sesuai bagi aku y tak g gym.. kali nie nak share senaman HIIT BODYWEIGHT y mudah.. y bestnya memang mampu buatkan heart rate kita naik tak hengat dunia.. aku tampilkan senaman dari idola aku Zuzana. senaman nie boleh dibuat di mana2, sesuai jugak bagi org y outstation..nampak cam senang, tapi minta oksigen nanti..muahaha gelak jahat..




COUNTER STRIKE FAT WORKOUT

Warning:
Jangan lupa warm up sebelum mula senam, cool down selepas senam . Selain itu, stretching utk sebelum dan selepas senam utk elakkan kecederaan

Peralatan: 
stop watch

Masa: 
12 minit jer...

Rutin :
3 walking push up & 2 side lunge
Buat combo di atas dlm masa 12 minit sebanyak yang mungkin non stop yer..
rujuk pada video ini, senaman start di 2:30 minit..mula2 tu dia borak jer



Tips:
~ Utk beginner, boleh buat walking push up dgn cara letak lutut ke lantai.
~Push diri anda sekuat y boleh..cuma 12 minit jer pun..hehe

**Series Senaman SS yang lain:

SS vol 1 (Burpees Fusion)
SS vol 2 (Senam Tumbuk Lemak Itew)
SS vol 4 (Senam Lari Dok Tang Tu)

2 comments:

Gorjes Ke?? said...

buat non stop ke selama 12 mins?

cik bonbon said...

peach..

non stop...ulang combo nie sampai cukup 12 minit

Post a Comment