Thursday, 19 July 2012

Jadual Workout di Bulan Ramadhan + Bye bye Scale


Salam Menyambut Ramdhan al-Mubarak semua readers.. Wah tak lama lagi kita umat Islam 1 dunia akan berpuasa.. Wah excited betul aku... So far sebelum nie kalau time bulan posa memang aku tak de la nak senam or jaga diet..aku cuma jaga perut.. haha..no wonder bulan posa aku tak penah turun berat.. bulan posa kan syurga makanan..time nie la makanan pelik pelik ada, buffet merata tempat, bazar tiap-tiap hari ada, kedai makan penuh, moreh lagi.. pendek kata makan, makan dan makan sepanjang malam.. *nampak sgt aku ni suka makan* bila dah perut sengkak mula la jadi ular sawa malas nak g terawih..padahal patut bulan nie la nak kaut pahala bebanyak.. Doakan aku agar bulan Ramadhan kali nie aku dpt beristiqamah dalam beribadat..amin.. utk korg jugak... 


HARI
CARDIO
WEIGHT LIFTING
ISNIN
HIIT BODYWEIGHT
SELASA
REST
RABU
KETTELBELL /  HIIT BODYWEIGHT
KHAMIS
REST
JUMAAT
HIIT ON BICYCLE
SABTU
REST
AHAD
REST


Utk bulan posa aku aim  workout y cepat dan smart.. Takmo buat workout y ambik masa lama  dan lebihkan hari rehat sebab nak fokuskan utk ibadat.. Kalau dari cadangan susu sejat, buat workout 30 minit sebelum buka posa sbb time tu glikogen kita hampir 0.. maka fat semata mata digunakan sebagai sumber tenaga.. Akan tetapi masa tu tak praktikal bagi aku sebab aku kena tolong mak aku masak utk buka posa.. takkan nak biarkan mak aku terkontang kanting sorg kan.. 

Oleh itu, aku terpaksa la ubah waktu workout.. Ada 2 option: 
1) cardio 30 minit sebelum sahur & weight lifting selepas terawih
2) cardio & weight lifting selepas terawih

Aku akan cuba buat option no 1..Tetapi jikalau aku terbangun lewat maka aku akan buat option no 2.. Jenis cardio y aku buat adalah jenis HIIT sebabnya HIIT tak perlu masa lama dalam 10~20 minit... ditambah rutin weight lifting aku pun kurang dari 30 minit.. kiranya kejab jer leh habis.. Nak workout tak perlu masa lama, tapi kauliti y penting.. 

Dengan ini secara rasminya aku akan sorokkan scale aku.. aku takmo sepanjang bulan Ramadhan y mulia nie mood aku terganggu dgn nomber kt Scale.. Bila mood down mula la nak makan bukan-bukan n tak mo senam..  Bukan sahaja kena puasa makanan, kena puasa scale jugak.. hehehe.. baik aku fokus utk jadi hamba Allah y lebih baik dari fokus nomber kt scale tu.. InsyaAllah habis Ramadhan nanti baru aku akan kuarkan balik scale nie.. Sayonara Scale!! daaaaa...................!


5 comments:

Anonymous said...

haha..terkesan btol ayat-ayat dekat scales tue..

Cik Hadeks Manes

Nurrul Mohamad said...

ckin!!!!! jumpa jugak kat sini eh ;p ternampak link ckin d blog adek manes

Nurrul Mohamad said...

putting you on my bloglist~

cik bonbon said...

cik adeks manes...

indahkan kata kata kt scale tu...
cam teringin jer nak tulis camtu kt scale aku..tapi malas nak tulis...ekeke..

nurrul..
ehh...ekekeke..thax sbb sudi baca blog kita...
kita ada gak tempek kt fb sususejat link blog kita..hehe..

cik bonbon said...

Nurrul..

dah follow blog kamu..ekeke

Post a Comment