Wednesday, 4 July 2012

Menu Sihat: Daging Singgang


Mesti korg rasa pelik kan.. aikk... daging lagi.. padahal kita sedia maklum utk diet, makan daging putih bukan daging merah.. ok aku ngaku, stok daging merah  byk..so aku bersungguh2 habiskan..wakakaka... tak baik membazir gitew.. Kelebihan daging merah nie ialah mengandungi Creatine. Apa itu Creatine? erk..nak cete panjang aku pun tak bape nak faham.. Yang aku faham Creatine tu membantu dlm penghasilan tenaga sewaktu nak angkat beban or lakukan senaman HIIT. Maknanya sesuai tuk performance waktu kita nak bersenam. Untuk lebih lanjut boleh baca sini. Resepi y aku nak share sebenarnya baru 1st time aku masak.. Biasa la terjumpa dlm buku masakan *FYI, buku masak berlambak kt rumah aku sebab ayah aku suka benar beli buku masak, tapi buat hiasan buku nie..hahaha*..Dari segi rasa.. sedapppp... ekeke



Daging Singgang ~ Anggaran 4-5 org makan




Bahan-bahannya
Bahan-Bahan
  • 400g daging (dihiris nipis)
  • asam gelugur - 2 keping
  • bawang putih - 3 ulas (ditumbuk)
  • lengkuas - 3 inchies (dihiris)
  • kunyit hidup - 2 inchies (dihiris)
  • biji ketumbar - 1 sudu makan (ditumbuk)
  • jintan manis - 1 sudu teh (ditumbuk)
  • 10 cili padi
  • tomato - 1 biji (dipotong 4)
  • air secukupnya
Cara-caranya
  • Masukkan semua bahan kecuali cili padi dan tomato. Masak hingga daging lembut.






  • Masukkan cili padi dan tomato. Perasakan dgn garam. Siap..senang giler..hahaha.. 










Analisis Kalori
135 kcal untuk 1 senduk (ni hanya anggaran bergantung pd  tahap kebesaran senduk)



TIPS:
Enak dimakan panas-panas bersama sambal belacan


.:Selamat Mencuba:.

8 comments:

Anonymous said...

Wah syikin... I loke recipe malas2 cmnie...

Jn

cik bonbon said...

iyo iyo je ko...
resepi daging halia aku ko tak buat lagi..hohoho

Anonymous said...

hello... i dah buat okey..
tapi ganti dgn ayam...
aci tak?

jn

cik bonbon said...

wow..aci jer?

sedap tak?

K.Maz said...

leh jadi org pantai timur ni, pandai masak singgang...

cik bonbon said...

K.Maz..

org pantai timur suka makan singgang ker?

sy tak tau pulak...

kalau jadi org pantai timur nangehh la nak balik kpg jauh giler..hahaha

K.Maz said...

resipi singgang ni asal dr klantan@trengganu...

nnt try singgang ikan plak..ce google resipi dia..

jgn ckp camtu..kang dpt jodoh ngan org pntai timur, mana tau..haha

cik bonbon said...

oooo..mcm tu...

singgang ikan penah buat, tapi versi utara...

mak suka, ayah tak suka..masalah gak la nak buat resepi nie..

erk..K.Maz harap2 mulut masin kot2 dpt jodoh org amerika..hahaha.lagi jauh nunn

Post a Comment