Tuesday, 18 September 2012

Diet Myth: Simple Math Prove It Wrong


Salam semua...
Bebaru nie ada dapat pertanyaan di fb group Susu Sejat.. Walaupun pertanyaan ini nampak remeh tapi bila difikirkan semula pasti ada y pernah tertanya-tanya kan.. Ini soalahnya:



ada orang kata. kalau minum banyak air mineral boleyh kurangkn kalori.contohnya ali minum limau ais.lepas tu baru minum air mineral.
Hamba Allah y bertanya kemudian memberi contoh seperti ini


mula2 minum air yg bergula..pastu minum banyak mineral.. jadinya kalori air yg bergula tu berkurang ka ?

 Agak-agak la korg kenapa boleh timbul mitos "ada org kata"...? Pada hemat aku la.. secara logik jika diberi air y tawar dgn air y manis pasti semua org fikir air y tawar tu lagi elok dan kurang kalori berbanding air manis..Mungkin di situ la keluar mitos nie, disebabkan dah minum air manis maka kena minum air mineral bebanyak agar kemanisan jumlah air diminum menjadi kurang sekaligus kurang kalori..

Untuk menjawab persoalan nie kita kena kembali ke matematik waktu sekolah rendah dulu..


simple math jer..
situasi=bancuh air milo
kalori air mineral = 0 kalori.. kalori milo 1 sudu = 80 kalori
A) 1 cawan air mineral+ milo 1 sudu
B) 2 cawan air mineral + milo 1 sudu
berapa kalori ke dua-dua nya??
jalan kerja:
A) 0 + 80 = 80kalori
B) 0+ 0 + 80 = 80kalori
kesimpulan: kalori cawan A dan cawan B adalah sama.. y berbeza cuma kepekatan milo ialah cawan A lebih pekat dari cawan B.. cawan B air milo cair kerana guna 2 cawan air.. logik kan?? so teori kata minum air mineral byk2 akan menyebabkan kalori kurang adalah salah sama sekali .. MITOS..

3 comments:

Scarlet Jo said...

Nak kurangkan kalori boleh je, iaitu dgn bersenam hahaha... :P

cik bonbon said...

haha..betul... u eat u burn..ekeke

kalonas said...

nais analogy, i loike ;)

Post a Comment