Wednesday, 19 September 2012

Menu Sihat: Dalca Ayam

Perasan tak, tak nampak berminyak kan
Salam semua.. korg penah makan tak dalca?? selalunya dalca ada di majlis kenduri kawin.. Ia sesuai digandingkan dgn nasi minyak.. Di utara dalca adalah menu y agak popular terutama di Penang dan ia merupakan resepi tradisi keluarga aku..Tapi kalau korg perasan dalca kelihatan agak berminyak bukan..? (aku pun pelik, mak aku masak tak de lak berminyak).. Kenapa aku pilih dalca utk dinobatkan sebagai menu sihat? Bagi aku dalca ada potensi menjadi makanan sihat kerana ia penuh protein iaitu ada ayam dan kacang dal.. Di tambah pulak ia kaya dgn sayur sayuran.. Ia merupakan satu menu lengkap..Lazat jika digandingkan bersama nasi or roti..  Aku olah sedikit resepi dalca ini agar ia lebih sihat.. Kelebihan dalca ini, makin lama kita simpan, makin mesra rasanya dan bertambah lazat.. Mungkin ada y mempertikaikan kerana dalca ini mengandungi santan.. Umumnya masyarakat kita melihat santan nie jahat..Mengikut kajian terbaru santan ialah lemak sihat, tiada kolestrol dan sifat saturated fatnya menghampiri sifat susu ibu.. 



Dalca Ayam (untk 4-5 orang makan)
Bahan-bahan
Bahan-bahannya:

  • ayam (utamakan bahagian dada dan tulang)
  • 8 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 biji bawang putih (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dibelah 4)
  • 1 inchi halia (dihiris)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 3 bunga cengkih
  • 2 buah pelaga
  • 2 asam keping
  • 0.5 cawan kacang dal
  • 1 biji keledek (dibelah besar)-selalunya org guna ubi kentang tapi aku ganti dgn keledek
  • 1 sudu minyak jagung/olive oil (aku guna sikit jer utk tujuan menumis)
  • 1 helai daun pandan (optional)
  • 1 batang daun kari (optional - aku tak letak pun)
  • 1 paket kari daging (dibancuh dgn secawan air)
  • 1 batang cili hijau (dibelah 2)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • 0.5 cawan santan (pakai tak banyak utk kurangkan kalori)
  • 1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
  • 1 biji terung (dibelah besar)
  •  kacang buncis (dipotong memanjang) ~ go crazy with veggie
  •  kacang parang
Cara-caranya:
  • Rebus kacang dal sehingga empuk (ambik masa y agak lama). Kemudian kacang dal itu di lenyek dgn menggunakan anak lesung batu atau bontot cawan. Jika ada y tak bape nak hancur tu boleh diabaikan.




  • Tumis bawang merah, bawang putih, halia, daun pandan, kulit kayu manis, bunga cengkih,bunga lawang, daun kari dan buah pelaga bersama dgn minyak





  • Masukkan serbuk kari daging y sudah dibancuh.. Kacau selalu sehingga ia kering..Ini utk mengelakkan kari itu dari hangit memandangkan kita guna sedikit minyak





  • Masukkan ayam, keledek dan air.. Masak hingga keledek lembut







  • Masukkan terung.. biar dalam 3 minit..Masukkan kacang dal dan asam keping..Kemudian masukkan  kacang buncis, kacang parang dan lobak merah hingga sayur masak






  • Masukkan cili hijau, tomato, bawang merah dan santan. Perasakan dgn garam.. Tutup api bila mendidih.. Siap..!!






 Analisis Kalori: 
200kcal ~230kcal (ini adalah anggaran, kurangkan pengambilan kuah utk cut extra kalori)

Tips:
Nak sedap buh minyak dan santan lebih..Tapi nanti jadi kalori tinggi pulak..hahaha.. sendiri makan sendiri tanggung eh..Lebihkan sayur, lagi banyak lagi sedap dan lebih sihat..
Jika nak makan tanpa nasi or roti pun boleh..Tapi lebihkan keledek kerana keledek ialah karbohidrat kompleks.
Untuk mempercepatkan masa merebus kacang dal, rendam kacang dal semalaman dahulu.. Rebus hingga ia betul-betul kembang dan lembek.. Pastikan rebus dalam air y banyak kerana kacang dal serap banyak air.
.

p/s: sori la aku tak pandai nak masak menu omputih.. selera melayu kekdahnya..hehe


~Selamat Mencuba.. Sedap wa cakap sama lu..hehehe...~

4 comments:

Scarlet Jo said...

Terliur pula waktu malam-malam ni hehehe... :P

cik bonbon said...

huhu..uik..tak tdo lagi ker?
meh dtg rumah ada lebih nie..
ingat nak simpan utk lunch sok..hehe

Anonymous said...

Mangai... Melilih lilih ayaq liuq ku?!

Jn

cik bonbon said...

cepat-cepat sapu..kang jatuh atas keyboard..

Post a Comment