Thursday, 20 September 2012

Menu Sihat: Ikan Masak Stim Bersama Epal



Salam.. hari nie nak share resepi y mudah, cepat dan super sihat..huhu.. Resepi nie aku dapat ilham dari sis Bim.. Sebelum nie memang aku penah buat ikan masak stim tapi ni pertama kali aku letak buah epal.. Aku nie memang tak minat benda-benda masam termasuk la epal hijau.. Kebetulan stok epal hijau banyak pulak.. Apa lagi time nie nak cuba resepi baru.. 



Ikan Masak Stim Bersama Epal ( 3-4 org makan)



Bahan-bahan:
  • Ikan (apa2 jenis pun takpe..macam aku tadi ambik jer la dah stok ikan kt dapur ada nie jer)
  • 1 biji Epal hijau (di hiris ketebalan sederhana) - kalau suka letak 2,3 biji epal pun boleh
  • 3 biji cili padi (dihiris) - suka pedas boleh tambahkan lagi
  • 2 helai daun limau purut (di hiris kasar)
  • 4 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 biji bawang putih (dihiris)
  • 1 inchi halia (dihiris)
  • 1 batang serai (dititik )
  • 1 biji limau kasturi (diperah-kalau suka masam boleh up 2 biji)
Cara-cara:

  • Gaul semua bahan kecuali serai dan ikan.. Masukkan sedikit air dan perasakan dgn garam. 






  • Masukkan bahan2 digaul tadi dlm periuk bersama dgn serai dan ikan..Rata-ratakan ke seluruh permukaan ikan.





  • Masukkan periuk tadi ke stimmer.. Jikalau tak de stimmer buat DIY macam aku.. Ambik kuali besar y mempunyai penutup.Letakkan lesung batu di tengah-tengah kuali dgn cara terbalikkan lesung batu itu. Bontot lesung batu tu sebagai tapak untuk periuk y berisi ikan. Letakkan air dalam kuali tersebut.


  • Masak dalam 7-10 minit or hingga ikan masak




Analisis Kalori:
120-160kcal..bergantung pada berat ikan tersebut.. 


Jemput makan naa...
Seriusly, sedap la pulak epal hijau masak mcm nie..epal tu tak rasa hanyir pun..sebaliknya masam-masam manis.. Fuhh lepas nie aku nak stim epal hijau macam nie la tapi tanpa ikan.Makan saja buat snek..sure sedap..!!

TIPS:
  • Jika mahu berkuah y pekat, bancuh 1 camca kecil tepung jagung bersama dgn 3/4 cawan air digaul bersama bahan-bahan y nak dikukus..

6 comments:

Anonymous said...

fuhhhhh i olls dahla lapaq nehhhhhhhh

jn

cik bonbon said...

jemput makan...

Gorjes Ke?? said...

kompom try ni esk

Scarlet Jo said...

Dear, camne you kira calories utk setiap resipi?

cik bonbon said...

Main agak2 jer..
refer kt myfitesspall..
susu sejat pun ada ajar cara kira makanan y kita masak.. kena campur semua bahan dgn bahagi dgn bape org makan.. tapi kalau i kira bahagian kuah i tolak sikit la..sbb tu la sekadar anggaran jer..
tak leh bagi fix kalories..

lain la kalau makanan siap paket senang nak kira mcm cheese cake u tu..hehe

Kenari Putih said...

Amboi cik bon-bon, menu sangat sihat ni, ikan stim dgn epa
, mmg khas utk yg nak target turun berat badan ni, hehe

Post a Comment