Friday, 28 September 2012

Satu Hari Di Pusat Pelangsingan XYZ


Fuh..fuh..fuh..ok ada lagi 1 round nak habiskan senaman nie.. *sambil mengelap peluh yang mencurah-curah.. Kring, kring, kring.. hanset cikai aku berbunyi..Aishhhh, sapa la yang kaco aku sedang senam nie..pantang betul la *bentak hati kecik ku nie..korg pun kalau sedang senam ada gangguan mesti bengang kan* 

"Hello, boleh saya bercakap dgn cik bonbon?" 
"Mmm..fuhh fuhh..ye saya..fuh fuhh," jawab ku sambil mencari-cari oksigen..
"Erk..cik bonbon ingat lagi tak saya, **** dari Pusat Perlangsingan XYZ? Kami ingin menawarkan rawatan percuma memandangkan cik bonbon menghadapi masalah berat badan." 
Aku terkesima sebentar..lantas aku menjawab," Takpe la saya tak berminat."
"Tapi ini adalah percuma kami hanya tawarkan pada 100 pelanggan bertuah," nampaknya **** masih lagi tidak berputus asa memujuk..
"Takpe la saya memang tak berminat...kasi pada org lain..bye," tanpa membenarkan **** berkata lebih banyak aku serta merta meletakkan telefon.. 



Rawatan pusat pelangsingan percuma tu..hanya pada pelanggan bertuah pulak tu.. fuhhh rugi la tolak.. ingat senang ker nak dapat benda percuma..Boleh turunkan berat badan lak tu.. Tapi dengan selambe rock aku tolak..Kalau korg di tempat aku apa tindakan korg??



Sebelum korg bagi jawapan, meh aku nak cete al-kisah 2 tahun lepas yang lampau..pada masa tu aku masih lagi Obese.. 



Aku sebenarnya tak percaya dgn pusat perlangsingan nie, tapi pada masa tu atas desakan parent yang nak sangat aku kurus maka aku akur jer la..Malas nak gadoh-gadoh..Tambah bila makcik aku cete kwn dia kurus bila g XYZ, lagi la parent aku excited.. XYZ merupakan pusat pelangsingan yang ternama di Malaysia nie, sapa tak kenal..Dengan iklan tv, iklan paper, banner billboard dan sponser rancangan tv bertemakan pengurusan berat badan..Akhirnya aku pergi la ke XYZ nie, asalnya aku sekadar nak tanya dari segi harga dan rawatan.. consultant tu suruh aku datang esok, dia ckp dia tak boleh nak cete pasal harga sebab semua tu bergantung pd body masing2...plus, dia kata ada trial rm18.




Kesokkan harinya aku  pergi sorg jer...mula-mula consultant check body, malu siot separa bogel depan orang..(op coz la consultan tu amoi badan memang halus mulus)..then dia kata aku nie berat air..siap nasihat jgn buat senaman melibatkan lower body contohnya badminton dan hiking nanti lemak-lemak kaki jadi keras (LOL, bila masa lemak keras, otot boleh ler keras)..dia rekemen aku dtg utk 10 kali rawatan rm3900 tapi tu harga mamber jer..non mamber lagi mahal.





Aku dah tegaskan yang aku cuma nak cuba trial dulu..Kalau puas hati baru la  ambik pakej....Aku kena balik bincang dgn famili dulu..pastu dia kata kalau aku ambik trial, dorg takkan letakkan ubat untuk pecah lemak, aku cuma rasa experience rawatan dorg jer..aku fikir semula, macam mana aku nak tau kaedah nie berkesan or tak jikalau tak guna ubat pecah lemak,..



Jikalau aku sign up jadi mamber sekarang aku akan diberi extra 1 rawatan..Namun aku tetap bertegas nak buat trial dulu..tapi dia kata kalau mcm tu aku takkan dapat extra 1 rawatan ..tiba-tiba aku rasa rugi la pulak....tambahan konon tawaran trial rm18 hanya tuk 2 minggu ini..lagi aku goyah.. (hakikatnya, aku tak tau kawan aku dah buat trial rm18 dua bulan lepas )




total harga 10 kali rawatan  + 1 rawatan percuma + mambership = rm4400
total harga 5 kali rawatan + 1 rawatan percuma + mambership    = rm2700


Aku dah blur time tu..rasa mcm tertekan pun ada...memandangkan teringat parent aku asyik push aku masuk pusat pelangsingan nie..last2 aku pun ckp ok la..aku setuju sign up jd mamber tanpa memberi kata putus nak ambik pakej 10 rawatan atau 5 rawatan..

then dia tanya aku ada kredit kad tak..aku ckp takde..dia tanya atm kad ada tak..aku ckp ada pakai cimb n maybank..tapi kedua-dua kad nie ada rm50 jer...mula2 dia swap kad maybank..tapi kad direject..then dia swap kad cimb..dia siap nasihat "pastikan kad aktif dan hanya selepas awak bayar cash semua  baru saya cancel kad awak"((aku blur time nie nape dia ckp mcm tu?))

Sebelum memulakan rawatan,aku ditimbang dahulu iaitu 84 kg 
1st= sauna, mak aii nak pengsan dok dlm tu....
2nd= lavender treatment, urut badan dgn lavender oil serta sea salt tujuan supaya buka liang2 roma..
3th=  dibalut  dlm hot blanket serupa sushi..rasa nk pengsan time nie..kuar banyak gila air boleh buat kolam renang..

Kemudian aku ditimbang sekali lagi..berat 82kg ( gila terkejut takkan la serta merta turun 2kg..mcm tak logik je..)

4th = guna  mesin pecah lemak...dia ambik ukuran sebelum n selepas...aku nampak la dari jelingan mata ada beza lebih kurang 1cm ((aku fikir, leh caya ker.fikir logik badan kita bukannya jenis straight, ada lekuk-lekuk..lain tempat lain bacaannya..kot-kot la dia adjust kasi bacaan aku berkurang cm))....

Pastu aku nak try timbang lagi, ye la manatau ada perubahan lagi, maklum la baru lepas "dipecahkan lemak"...Consultant tu cakap tak payah sebab bacaan sama jer ((time ni aku dah rasa pelik napa tak kasi pulak?))...then aku salin baju, minum segelas air n jumpa dia semula...

 Pada ketika itu aku sangat la penat serta pening..Proses ambik masa 3 jam kesemuanya..dah la keletihan sebab badan kita dipaksa utk keluarkan air.. dia suruh aku sain banyak dokumen..aku tak leh nak fikir, main sain jer..tapi salah satu ialah bill..dlm bill tu tulis 10 rawatan rm3900..aku dah pelik.. aku dah tegaskan sebelum nie,aku tak sure nak ambik pekej mana dulu..Pas sain dia ambik bill tu balik..aku ingat itu salinan utk aku...

Pada masa tu aku rasa tak puas hati sangat2...balik jer aku pergi timbang kt shoping kompleks berat aku 84kg..tiada perubahan...balik aku timbang kt rumah..still sama 84kg..takkan la berat aku naik semula hanya kerana aku minum segelas air???? Ini buat aku  geram giler, masa dia kasi aku tengok testimoni, tulis konon leh turunkan 1kg or 2kg secara serta merta pas treatment....
Pastu aku fikir balik berbaloikah bayar rm 4k, 10 kali rawatan untuk penurunan sebanyak 10kg..? Serta merta darah mendidih nie.. Rasa macam tipah tertipu..arghhhhh

Masalahnya aku dah swap kad atm...kawan aku ckp tujuan dia ambik balik bill tadi tu sebab dorg nak dokumenkan pastu claim kt pihak bank..Nanti duit dlm akaun aku akan transfer p kat dorg...kawan aku nasihat batalkan akaun...
esoknya aku terus p buat akuan baru.......geram tullllll......ini sebagai langkah berjaga-jaga kerana aku tak tau isi kandungan dokumen y aku sain tu, malah aku tak dpt salinan pun,..almaklum la dorg nie pandai suruh aku sain lepas buat treatment di kala aku tengah kepala ting tong 3 jam kena kukus..

totol kerugian=rm18(trail) + rm50 (atm kad) = rm68
pengalaman=priceless


Taubat nasuha aku takkan p lagi Pusat Pelangsingan XYZ, malah mana-mana pusat pelangsingan pun aku pangkah sebesar alam maya..Menipu jer semua.. Aku dah check dalam internet, ramai org yang jadi macam kes aku.. Next rawatan dorg akan pujuk beli kopi kurus serta kasi meal plan.. Meal plan tu menu org berdiet.. Pastinya akan turun berat tapi semua nie kerana diet bukan kerana treatment dorg nie..grrrrr.....!! rasa macam nak $^$&#@(%*# (ayat ditapis kerana 18SG..hehe).. Selepas nie banyak kali la org Pusat Pelangsingan XYZ call tanya bila nak datang, emm... well in ur dream..!!

Alhamdulillah dgn cara natural aku boleh jer turun berat 10kg.. jimat rm 4k..wakakaka... yang paling best, parent aku tak paksa g pusat perlangsingan dah..hahaha.. 

Modus operandi dorg nie, memang akan cuba pujuk memujuk dari segala segi sampai satu tahap kita dah tak de alasan tak ikut cakap dorg nie..Pendek kata psyco habis.. tambahan org-org terdesak macam kita nie, lagi cepat umpan mengena.. tengok tu walaupun dalam kad atm aku ada rm50, aku dah cete terang-terang.. dgn selambe dorg ambik kad aku g swap..sapa yang guna kredit kad lagi la habis beribu-ribu sekali swap..Kalau betul-betul nak pergi jangan bawak dompet melainkan IC 



Untuk sesiapa yang dah terjerat boleh buat aduan kat TTPM (Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia).. Banyak dah kes penipuan pusat pelangsingan di adukan..InsyaAllah nasib anda akan terbela..



27 comments:

Anonymous said...

whoa... i pun ader blogwalking jg... dorg mmg akan paksa2 n ckp yang teruk2 smpi kita rsa down gler2.. kan? kawaan aku lak amik XXX dah habis 10k. tapi tak kurus pun... adeke dorg suruh member tue mkn buah seminggu then atkin seminggu.. mana tahan dia dah biasa mkn byk..

jn

cik bonbon said...

betul2..dorg saja je nak psyco kan kan kan...
tektik push hard to sell...

giler kwn ko 10k tu.. g gym boleh buat yuran 10 tahun tu...huhu...

habis apa nasib kwn ko tu?

Anonymous said...

Yeke Kak, I baru jak nak daftar kat maria france, mmg rasa sgt2 tertekan tengok jarum penimbang makin naik, en. tunang pun komplen:( tapi bila baca pengalamn akan, mcm dua hati nk pergi ke x..:(

cik bonbon said...

dik... maria france ker, slim world ker, london weight management ker semua modus operandi sama jer...
ramai dah terpedaya... beribu2 nanti habis utk turun beberapa kg jer.. sgt la tak berbaloi..duit tu kalau buat yuran g gym leh dapat 2,3 tahun keahlian..

selaluya org bakal berkhawin lagi la tensen kan coz nak nampak cantik di hari perkhawinan..

the cold truth tak de jln singkat utk kurus..simpan duit tu utk kegunaan perkhawinan...jgn sampai nanti nyesal.. cuba baca nie, ramai giler y terpedaya kt sini
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=381943

Jingkung said...

terbaik lah bonbon .. nasib baik rugi rm68 jer .. daripada 4k.. well no pain no gain

cik bonbon said...

abe jingkung...

tu la..anggap jer la rm68 upah masuk spa dan di urut... hahaha...

4k tu boleh buat yuran keahlian gym selama 2,3 tahun termasuk upah trainer lagi..

NAzzXXra MR said...

toksah kata company slim melim ni, yang buat rawatn rambut kat yun nam tu pun sama..paling best dia tanya kau kerja apa..kalau kerja kau bagus, dia up harga pakej..kalau ko kerani, dia bagi harga murah..penipu je diorang semua ni..baik pergi gym..sama gak kan..

cik bonbon said...

huhu..tu la depa semua nak caras duit kita..
itu pasal rawatan ribu riban...
marketing dorg dahsat..
hasil menipu org la..duit byk..
kalau nak rambut sihat g doktor terus la..lagi leh caya....

g gym n slimming center tak sama... bezanya g gym leh kurus dan sihat sbb kita berpeluh kerana bergerak..bukan baring2 dipaksa berpeluh

T-T said...

pernah kene jugak huhuuu...
dorg suruh set masa buat temu janji
aku kate taknak.... dorg pakse jugak..
ade la dalam sebulan dorg contact aku suruh set masa ke sana...

cik bonbon said...

tau takpe..dorg suruh set temu janji senang dorg nak psyco...masuk dlm bilik berdua jer..time tu la mental kena kuat

Maizanur Akma binti Mansor said...

saya baru jer g london weight tadi.sama macam apa yang awak citer.kalau kiter dah bayar n pastu tak g seisei tu.kita kn bayar jugak ker?ada cara terbaik tak nak lari dari diaorang?tolong!huhu

cik bonbon said...

bayar guna kad kredit or cash?
kalu cash jgn risau.. dorg akan rajin call..tapi buat bodoh jer..ckp terang2 tak mo..

mcm baru2 nie dorg call lagi..sy ckp dah kurus pun..haha..

kalu kad kredit alamat memang habis duit anda..

Anonymous said...

diorang ni pandai pujuk rayu btl...bawa kad kredit atau atm mmg abis lar....

intandayani said...

Betul tu cik bon bon.saya adalah antara yang penah terkena dgn company camni.mmg dorang pndai wat ayat putar belit sampai kite tertipu..

Lov Note said...

omg...rupanya ramai yg tekene mcm ni ek? tmasuk jgk lov..sgt2 geram..kite da la gaji kecik..hbs dwet simpanan 3+++ coz kt dlm tu mcm kene pksa je byr tu

lps balik u nanges puas2...da la sorang2..mmg mcm2 diorg ckp...sampai kite tetekan..haiz..3+++ tu rwtn 10x je...loc cuma g 6x je...


coz tetekan setiap kali rwtn dia mntk atm crd..then dia siap ajk g atm mchine utk cocok dwet...gile la..


elok pesan kt sape2 yg telibat or bkl2 telibat tu...jgn pecaya pusat2 kcntikan mcm ni...

Lov Note said...

omg...rupanya ramai yg tekene mcm ni ek? tmasuk jgk lov..sgt2 geram..kite da la gaji kecik..hbs dwet simpanan 3+++ coz kt dlm tu mcm kene pksa je byr tu

lps balik u nanges puas2...da la sorang2..mmg mcm2 diorg ckp...sampai kite tetekan..haiz..3+++ tu rwtn 10x je...loc cuma g 6x je...


coz tetekan setiap kali rwtn dia mntk atm crd..then dia siap ajk g atm mchine utk cocok dwet...gile la..


elok pesan kt sape2 yg telibat or bkl2 telibat tu...jgn pecaya pusat2 kcntikan mcm ni...

cik bonbon said...

tak byk blog y ceritakan pasal pengalaman kena tipu oleh pusat pelangsingan..

kt sini ramai pulak y mengatakan penah jadi mangsa..

oleh itu marilah kita sama2 berpesan pada kengkawan y berhajat nak g tempat2 mcm nie...

dari labur pada dorg nie..boleh buat modal g umrah..

Car Cho said...

Apa pun Tujuan nak Kurus..bkn perkara senang..yg penting diri sendiri Misti tau apa yang kita mau target?target untuk turunkan inchesh ?bknya berat badan..Kerana lemak yg dibongkar itu Akan berkembang membuatkan molekul lemak bertambah...I am very sure consultant tak cukup beri kaunseling...dan slimming centre memang pentingkan marketing..my opinion better go treatment berkenaan limphatic..memang a bit pain..but I dah pun dapat the result..very good n result lasting..

Anonymous said...

saya baru terkena smlm...kata boleh kena rm28 jer...alih2...rm28 utk registration jer...lps 2 diaorang siap saiko lg...siap mtak atm kad katanya nk cek...alih2 dh ptong srtus...nsb..lps 2 tanya plk ada kad krdt x...nsb baik saya pny kad krdt tgal dlm kreta...dia siap srh pergi amk..last2...sy pegi amk n trs blah balik rumah....serius rsa ttipu..taubat xnak p dah...

Kenari Putih said...

Mengarutla kan cik bon-bon. Kwn sy dia nk buat rawatan rambut, konon harga promo r,29, sekali bila dah after rawatan, rupanya rm100+, sebab ok kwn sy tu continue la smp bethabis dekat rm10 k jgk. Smp tadek duit dah

cik bonbon said...

rawatan rambut pun kena kaw kaw.. siannya.. dari rege tak sampai 30 jadi riban2

Mrs_Cahaya_Huda said...

Hai cik bonbon... salam perkenalan... 1st time melawat page u... pengalaman kita dgn pusat pelangsingan ni sama je... saya pun pernah kena dlm taun 2009... dia swap debit card nasib baik ada rm 90 je... smpai skang sibuk call suruh jelaskan payment dan teruskan rawatan...saya tak pergi dan tak bayar pon sebab saya memang tak ambil pun pakej tu...saya dtg pon utk free trial... skang ni tak percaya dah dgn sykt2 mcm ni... :-p

Mrs_Cahaya_Huda said...

Hai cik bonbon... salam perkenalan... 1st time melawat page u... pengalaman kita dgn pusat pelangsingan ni sama je... saya pun pernah kena dlm taun 2009... dia swap debit card nasib baik ada rm 90 je... smpai skang sibuk call suruh jelaskan payment dan teruskan rawatan...saya tak pergi dan tak bayar pon sebab saya memang tak ambil pun pakej tu...saya dtg pon utk free trial... skang ni tak percaya dah dgn sykt2 mcm ni... :-p

Anonymous said...

Salm Cik bonbon...saya baru terkena sabtu lepas. Saya dah swipe credit card RM5600. Saya dah failkan aduan kat NCCC. Harap dapat balik duit saya....memang teruk la diaorg ni..

Unknown said...

cara normal tu you jog ke apa ?

Che Massitah said...

Kalau makan supplement cm mane ? Ok ke? Sbb ad nk try gne supplement ni

Che Massitah said...

Kalau makan supplement cm mane ? Ok ke? Sbb ad nk try gne supplement ni

Post a Comment