Tuesday, 2 October 2012

Menu Sihat: Ayam Bakar Madu Simple



Selalu kalau cari resepi sihat versi ayam bakar, aku asyik2 jumpa resepi y ala-ala omputih.. ala pakai herbs dorg tu la y pelik pelik...hehehe.. aku sampai sekarang tak pandai nak guna herbs omputih walaupun aku ada beli stok... Memandangkan aku nie melayu tulen, dan selera pun selera melayu so aku share resepi ayam bakar mudah dan senang nak dapat bahan-bahanya..hehe..


AYAM BAKAR MADU SIMPLE (utk 2~4 org makan)

Bahan-bahan:
  • ayam (utamakan bahagian dada or isi kesat)
  • 1 sudu besar madu
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 0.5 inchi halia
  • 1 camca kecik serbuk kunyit
  • 1 camca kecik lada hitam
  • 0.5 camca kecik jintan manis
  • 2 camca kecik biji ketumbar
Cara-cara:
  • Tumbuk kesemua bahan-bahan kecuali madu.. Kemudia gaulkan ke semua bahan-bahan dengan ayam. Perasakan dgn garam. Perap ayam nie selama 1 jam.. lagi lama perap lagi sedap sebenarnya..




  • Susun ayam atas aluminium foil.. Ini adalah penting jika anda takmo otot tangan anda naik sebelah disebabkan penggunaan madu. Jika madu kena tray anda, alamat hangit la.. nak cuci hazab nauzubillah..haha.. Bakar dlm suhu 220 darjah Calcius utk 35 - 40 minit or hingga ayam masak..Siap..!!




Jemput makan naa.. yum yum ada rasa sate sikit..hehe
Analisis kalori
~140 kcal (ini adalah anggaran bergantung pada size ayam)

TIPS:
  • Nak lagi sedap buh kicap dan sos tiram..tapi nanti sodium tinggi..Sendiri makan sendiri tanggung eh..
  • Boleh jugak tambah serai y dah dikisar kasi rasa lebih ke"sate"an..huhu..
  • Perap lagi lama lagi sedap.. Nak senang buat siap sebagai stok.. bila2 nak ambik terus bakar..senang kan kan.. 


4 comments:

Nurrul Mohamad said...

yamiii!! nnt nak terai lah.. tq ckinn

cik bonbon said...

selamat mencuba..dh try nanti kasi la testi..ekeke

jep kama said...

macam bessssss je..

jep kama said...

macam bessssss je..

Post a Comment