Friday, 5 October 2012

Menu Sihat: Ikan Bakar Ala Tom Yam



Salam readers semua.. ikan owh ikan... nak masak makanan sihat nie selalu aku blur jer.. kekadang bosan gak la makan benda y sama ja..huhu.. hari nie aku share resepi y mudah.. *masak benda sihat nie mudah saja..cuma leh telan or tak jer* ..Tak perlu skill tahap masterchef pun.. Lelaki tulen y cuma pandai goreng telur pun boleh buat..ekeke


Ikan Bakar Ala Tom Yam ( 2~3 org makan)

Bahan-bahannya:
  • Ikan -dikelar (tak kisah la nak guna ikan apa pun)
  • cili merah 2 biji
  • cili padi 4 biji (suka pedas leh tambah lagi)
  • bawang merah 4 ulas
  • bawang putih 2 ulas
  • serai 1 batang (jika suka boleh up 2 batang)
  • daun limau purut 4 helai
  • limau nipis 1 biji or limau kasturi 2 biji
  • lengkuas 0.5 cm
  • tomato 1 biji - dibelah membulat
  • nenas (optional -ikut suka korg la banyak mana pun)
  • pes tom yam 1 sudu besar (optional- aku tak letak pun)
Cara-cara:
  • Kisar cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, serai, lengkuas, perahan 1 biji limau kasturi dan pes tomyam ( jika tidak guna pes tomyam boleh tambahkan sedikit garam, ini kerana pes tom yam dah masin)








  • Gaul bahan kisar dgn ikan dan susun atas aluminium foil.. Letakkan daun limau purut, tomato dan nenas. Balut ikan tersebut ikut kreativiti korg







  • Bakar ikan atas kuali leper selama 20-30 minit atau hingga ikan masak. Jika guna oven bakar dlm suhu 180 darjah calcius selama 20-25 minit
  • Dah siap masak, perah lebihan limau kasturi semasa menghidang..nom nom nom..






Analisis Kalori:
120 kcal ~ 150kcal..bergantung pada size ikan


Tips:

  • Untuk lebih sihat kurangkan kuantiti penggunaan pes tomyam or tak perlu guna langsung macam aku..hohoho... Tapi kalau nak sedap buh ler..
  • Penggunaan nenas memberi extra kick dan fiber.. Nenas habis dulu dari ikan..haha


nasi 3/4 cup, kacang kelisa kukus (pahit sikit) dan ikan..paling sedap ialah nenas..Yummeh..

2 comments:

jep kama said...

kacang kelise ek..bkn bese org panggil kacang botol ke..

cik bonbon said...

ada 2 nama abe jep..ada org panggil kacang kelisa..ada org panggil kacang botol.. dua2 pun kacang..huhu

Post a Comment