Wednesday, 17 October 2012

Sedikit Penjelasan Tentang Susu Skim Sunlac


Dalam bulan August lepas terdapat sedikit konterversi berkenaan dgn produk kurus Alpha Lipit dan Herbalife.. Kedua-dua produk nie dibandingkan nutrisi bersama dgn susu skim Sunlac.. Didapati nutrisi ke dua2 produk kurus nie tak jauh beza berbanding Sunlac tetapi di jual dgn harga yang amat tinggi.. Akibat dari kontroversi ini, entry aku berkenaan Sunlac telah mendapat rating yang tinggi secara tiba-tiba. Malah di carian pakcik google entry aku nie berada di muka pertama. Mungkin ramai yang ingin tahu apa itu Sunlac? Produk susu magik terbarukah? huhu



Aku mengambil langkah berdiam diri dari mengulas tentang konterversi ini memandangkan aku bukan pakar nutrisi.. Ditambah pulak hal nie berkaitan dgn periuk nasi orang lain.. Ada juga di kalangan kawan2 aku merupakan penjual produk ini.. Sebagai tanda hormat aku tidak mahu masuk campur..Cukup la dengan post tembak menembak dalam fesbuk Say No to MLM... 



Akan tetapi aku jugak mendapat email bertanyakan tentang Sunlac sesuai tidak di minum bagi menggantikan produk kurus Alpha Lipit dan Herbalife.. Lantas aku pun skodeng beberapa blog, Yup memang ada yang menggunakan Sunlac sebagai pengganti produk kurus.. 



Dengan tegassssssssssss nyaaaaa... ingin aku katakan SUNLAC BUKAN PRODUK KURUS.. di ulangi Sunlac sama sekali bukan produk ajaib untuk kurus.. Sunlac hanya la susu biasa seperti yang anda  jumpa di pasaraya biasa... Apa yang membezakan Sunlac berbanding susu lain di pasaraya ialah susu skim.. susu skim ialah susu yang rendah lemaknya iaitu <1%.. 


Di pic konterversi itu antara yang dibandingkan ialah macronuterin seperti protein, fat dan carbs.. selain beberapa micronuterin seperti sodium, calcium dah sebagainya.. Perasan tak nutrisi Sunlac tidak sebanyak Alpha Lipid dan Herbalife.. agaknya kenapa????? Senang cete sebab Sunlac susu biasa jer bukan susu ajaib.. utk men"ajaib"kan produk2 ini maka diletakkan beberapa lagi nutrien tambahan agar produk nie boleh claim sebagai "produk ajaib".

Sori pic tecik..hehe


Jikalau anda minum susu Sunlac dengan cara yang di ajar oleh Alpa Lipit dan Herbalife..anda adalah salah sama sekali..!! Anda haruslah berfikir lebih yang "rahsia" disebalik gaya pemakanan yang di ajar oleh produk kurus nie..

Herbalife: 
Rata-rata tahu yang Herbalife ialah produk meal replacement.. Bermakna waktu makan utama seperti breakfast, lunch or dinner digantikan dgn produk Herbalife.. bagi sesiapa yang cuba menggantikan Sunlac ikut cara Herbalife pasti akan rasa kelaparan yang teramat.. sapa yang tahan lunch minum Sunlac jer..?? Antara penyebab kenapa kita tak rasa lapar jika minum Herbalife ialah ia mengadungi fiber 2.4g..(sila lihat tempat highlight warna kuning tu)..sunlac ada fiber ke? susu biasa mana ada la..huhu.. [FYI, 2 roti wholemeal mengadungi 4g fiber] Selain itu mengandungi Guar Gum (sila lihat highlight merah)... Guar gum ialah agen pemekat, bertujuan utk memberi rasa kenyang bila makan.. itu lah rahsianya, kenapa boleh rasa kenyang bila minum Herbalife..[untuk lebih info boleh rujuk sini].. Ditambah anda diwajibkan untuk minum air 3L ke atas utk flush out guar gam dan  pastinya perut anda sentiasa kenyang penuh dgn air..huhu

Alpha Lipid: 
Rahsia kejayaan lebih kepada pelan pemakanan yang di sarankan iaitu No Carbs Policy, lebih mirip kepada Atkins Diet.. Ia bukan meal replacement seperti Herbalife tetapi ia ialah meal supplement..bermakna setiap kali anda makan, anda harus bersertakan minum Alpa Lipit sebagai makanan tambahan..Selain itu anda diwajibkan untuk jangan tinggal waktu makan, sudah semestinya anda tidak berlapar jika makan ayam golek seekor..yumyum..Kemudian telan pulak Alpha Lipid yang mengandungi fiber 1.3g (masih tak leh lawan fiber roti wholemeal)..kenyang sokmo la..haha.. 

Jika dilihat total carbs pada Alpha Lipit ialah 2.3g (sila lihat highlight kuning), berbanding dengan Sunlac 12.6g (sila lihat highlight kuning) di mana carbs nie dtg dari lactose iaitu gula semulajadi yang terdapat dalam produk tenusu.  Rasional carbs Alpha Lipid sangat sedikit agar badan kita masuk dalam mood ketosis, di mana lemak akan digunakan sebagai sumber tenaga.. Ini lah sebab musabab diet Atkins antara diet yang femes di dunia. Maka jikalau anda menggantikan Sunlac yang mempunyai carbs tinggi kemungkinan besar anda tidak akan mendapat result seberjaya seperti Alpha Lipid. [fyi : 1 serving whey protein mempunyai carbs 3g, dan protein 24g jauh lebih tinggi dari Alpha Lipid yang mempunyai protein 10g.. 1 tin whey protein tahan sebulan, 1 tin Alpa Lipit tahan seminggu]

Jikalau anda adalah salah sorg yang berjaya kurus setelah makan produk kurus ini, aku ucapkan tahniah.. tak kira apa produk or apa diet pun kita semua aim nak langsing dan kelihatan lebih cantik.. Tapi taukah anda nak maintain tu 100 kali lebih susah dari nak kuruskan badan??? Tepuk dada tanya selera..huhu.. 

Sebelum aku menutup post ini, ingin aku tegaskan aku bukan pakar nutrisi.. banyak lagi yang aku tidak tau.. Apa yang aku ceritakan ini melalui pembacaan, pencarian, perbincangan dan pengalaman dari yang lebih pakar. Aku ingin memohon maaf jika ada yang beranggapan post ini bertujan nak serang periuk nasi korg ker.. Sumpah tak da niat langsung..rezeki itu datang dari Allah.. Aku cuma niat nak betulkan tanggapan yang Sunlac ialah susu biasa sahaja.. 

7 comments:

Cik Adek Manes said...

thumbs up !! sile apply jdi duta SUNLAC.. kakaka..

haku rase kalau promot belog SS pon sure org ingtkan produk utk kurus gaks.. adoyhh ! masalah btol pemikiran oram melayu kite nie, yew.. tau nak shortcut & jln mudah aje.. melayu, melayu !

Cik Adek Manes said...

err, thumbs up haku tue gaye bikmama tau.. kakakaka..

cik bonbon said...

bik mama ko..hahaha....

curlust...hehe

bagus gak aku jadi duta Sunlac leh buat side income.. haha..itu la kita.. tau nak kurus dgn cara mudah n cepat..
pantang nampak susu2 baru mula la ingat susu magik..
tau tak salah satu keyword search utk blog aku ialah testimoni susu sunlac..ingat sunlac tu ubat kurus ka??
fengsannnnnnnnng aku..

cik bonbon said...

rajinnya ko merempit blog aku hari nie..haha

Blackburn Tygarian said...

Cuba beza Ensure with FOS dgn Alpha Lipid SDII. Hampir sama. Ensure with FOS dpt dibeli di Guardian dgn harga RM35.00. Ensure lebih banyak lagi vitamin dia dari Alpha Lipid SDII.

Anonymous said...

entry yang bagus..masyarakat perlu ada pengetahuan dan bukannya terima bulat2 apa yang penjual cakap.. kebanyakkannya penjual ni guna skrip.tapi minta maaf la, tak boleh nak kelentong orang yang ade pengetahuan..pengguna mesti tahu hak masing2.

nak kurus bukan senang sebab pada masa yang sama kena jaga kesihatan secara keseluruhan.. jadi fikir betul2 la sebelum berhabis duit dekat produk pelangsingan.

BaTiK_PiNk said...

Thanks Cik BonBon for this useful info...banyak belajar dari explaination Cik BonBon ni... :)

Post a Comment