Sunday, 14 October 2012

Teh Hijau Cara Cik BonBon


"Wei, hang ada tips tak cara nak kuruihkan badan?"
"Minum teh hijau.. Aku baca dalam majalah mampu membakaq lemak"

Perbualan di atas ialah perbualan 2 sahabat bambam dalam usaha menewaskan lemak ketegiaq yang biasa kita dengar..Perasan tak korg..? baca la mana-mana majalah or info dlm tenet tentang nak kuruskan badan mesti ada tips TEH HIJAU.. why..why owh why..??? Sampaikan jadi macam satu kemestian menu wajib bagi org nak berdiet ialah teh hijau..

Melalui sumber pakcik google, kelebihan teh hijau ialah ia mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme.. hmm.. no wonder la org cina or jepun nie badan kecik tecit belaka..coz minum teh hijau dah jadi budaya dorg.  Maka dgn semangat waja aku pun beli teh hijau cap Boh coz itu y paling murah.. muahaha..dari segi rasa memang tak boleh blah la... payau semacam.......aku bayangkan rasa macam teh hijau kt Sushi King..rupanya jauh panggang dari api.. Kaler pun tak sehijau macam dlm gambaq tu.. Ala mungkin teh murah, kat Sushi King kauliti baik punya... Oleh kerana lidah aku tak leh GO dgn rasa teh hijau Boh maka aku pun simpan ler teh tu.. 

Fast forward...............
1 tahun kemudian... Aku kemas barang-barang lama aku, tetiba kotak teh hijau Boh muncul semula.. Lantas aku buka kotak Boh itu, perghhhh penuh giler uncang teh dalam tu..Setelah dikira rupanya hanya 4 uncang jer dipakai dari 50 uncang y ada..tu diaaaaaaa... membazir giler la kalau buang mcm tu jer.. Tinggggggg!! Mentol menyala..!! Dah dapat ilham macam mana cara agar aku boleh telan teh hijau nie

Jeng jeng.....Aku bancuh teh dalam mug besar, boleh isi 2 gelas air dalam tu.. Perah 1 biji limau nipis dan 1 sudu madu.. Then letak dlm peti ais kasi sejuk.. (org lain minum panas-panas aku minum sejuk gedix). Dengan cara ini baru la aku boleh layan teh hijau nie..huhu..Selalunya aku minum waktu malam selepas dinner..aku minum sikit demi sedikit sambil tengok tv, dekat sejam baru leh habis kot..haha... 

Memandangkan aku senang terbabas di waktu malam, asal malam jer mesti cepat lapar... Apabila aku minum teh hijau nie, tekak aku rasa payau dapat mematahkan selera makan bukan-bukan.. Tambahan aku rasa lebih kenyang (dah minum byk air kan..haha). Bila aku turun dapur tak da la tergoda nak bancuh 3 in 1 or makan maruku dan yang sewaktu dengannya..  Selambe badak aku bancuh susu sunlac tanpa apa-apa godaan sebagai snek sebelum tdo.. aminnnnnnn.... Baru 2 hari kot aku buat rutin nie, nampaknya berjaya.. Insyaallah aku akan teruskan sampai selagi stok masih ada..huhu... 

11 comments:

Scarlet Jo said...

Try green tea yg dijual kat Cosway, takpun brand TenRen yg dijual kat supermarket. TenRen punye jasmine green tea. Mmg sedap sbb jasmine tu baunye manis. Hehehe... Sedap bila dicampur dengan madu.

cik bonbon said...

ye ker? nanti leh usha2..buat masa skrg habiskan stok boh dulu..huhu..tak mahal ker?

kHuZaiMAh said...

mula2 mmg tak lalu syik....I dulu2 pun reject green tea ni, selalu paksa diri sendiri minum...akhirnya skrg mmg tak leh miss...I pun minum yg cosway nyerr...ok ckit bau dia dr jasmine boh tu...hehehe

cik bonbon said...

wah..korg semua suggest cosway mcm best jer..
huhu..
aku masih lagi memaksa diri aku...
dgn azam nak habiskan stok lama..haha

Kenari Putih said...

Ok tu teh hijau. Kak pon minum teh hijau tu. memang dijamin boost energy. Masa dulu lemak mmg banyak, jadi teh hijau la yg dok telan bergelen hari2 hihi

Anonymous said...

Elok minum teh hijau semasa breakfast sbb dia ada caffein. Kalau minum mlm nnt susah nk tidoq. Sy beli young bud green tea tapi lupe brand apa.

Teh Hijau said...
This comment has been removed by the author.
Teh Hijau said...

Teh Hijau brand Ahmad Tea London pun ok jugak. Kalau sesiapa nak order boleh dekat blog saya. Menjual Teh Hijau/Green Tea Ahmad Tea

AMRHADN said...

Ahmad green tea best

intan maizura said...

Minum oisyi green tea je...100% tanpa gula n lemon...memang payau, tp kalau dh biasa minum sedaplah.. huhu...

intan maizura said...

Minum oisyi green tea je...100% tanpa gula n lemon...memang payau, tp kalau dh biasa minum sedaplah.. huhu...

Post a Comment