Wednesday, 2 January 2013

Menu Sihat: Kari Dhal Telur


sapa suka makan roti canai...angkat jari..!!
roti canai pasti kapel dgn kari dhal bukan...
kali nie aku perkenal kan kari dhal telur pulak, tp rasanya 10 kali lagi sedap dari dhal roti canai tu.. sungguh..tarak tipu punya worang...*sambil goyang kepala.. Nie menu warisan anak mami Penang *tp aku bukan anak mami, aku anak mak..hehe.. nie menu kegemarana aku, tiap kali makan pasti akan mengembalikan memori zaman kanak2.. malah menu nie sesuai untuk budak2 kecik..aku penah masak untuk anak buah aku, syamie.. dia pun suka siap request kt mak dia nak mkn mcm mak aii masak... huhu.. *gelaran aku mak aii..curlust ko maria..  

Kari dhal dikatakan menu y sihat kerana pack dengan protein dari dhal, telur dan udang serta good fat dari santan.. sangat lazat di makan bersama nasi panas2, roti wholemeal or capati.. lagi lama di simpan lagi pekat kuahnya serta lagi mesra rasanya.. x caya tunggu esok kuahnya hilang nanti sbb diserap oleh dhal..hehe

note: sori tiada pic step by step dek kerana card reader rosak 

Kari Dhal Telur (4-5 org makan)
abaikan jari hantu tu..hehe

bahan-bahan:
  • kacang dhal-half cup (direndam dahulu)
  • ubi kentang - 2 biji (potong kecik2)
  • lobak merah - potong dadu
  • udang - segenggam (tujuan utk kasi kuah rasa manis)
  • telur - 4 biji or lebih ikut suka anda
  • 3/4 cup santan or 3/4 biji kelapa parut- perah asingkan perahan pertama dan kedua
  • serbuk kunyit- 2 camca kecik
  • serbuk kari daging -1 sudu besar
  • kulit kayu manis - sikit jer
  • bawang merah - 7 ulas di hiris
  • bawang putih - 2 ulas di hiris
  • halia - 1 inchi dihiris
  • daun kari - 2 pelepah
  • biji sawi - 1 camca kecik
  • jintan manis - 1/2 camca kecik
  • cili kering - 4 biji
  • cili padi - 2 biji di tindik (optional jika suka pedas leh tambah)
  • minyak - 2 sudu besar
Cara-cara:
  1. rebus  dhal dalam air y banyak bersama 2 ulas bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, rempah kari , serbuk kunyit, cili padi dan 2 sudu santan or perahan santan kepala parut yang kedua..gunakan air yang agak banyak yer.. rebus hingga dhal empuk or hampir hancur..masa rebus agak lama gak... sempat nak nari2 zumba sementara tunggu..hehe 
  2. selapas itu masukkan kentang, rebus hingga kentang empuk. jika air kering boleh tambahkan air..
  3. masukkan lobak merah. kemudian pecah kan telur. bila telur hampir kental, rajin2 kaco sikit kuah sbb takut melekat kt bontot kuali..hangit karang, nanges tak berlagu.. kemudian perlahankan api..
  4. tumis darat 5 ulas bawang merah, biji sawi, jintan manis, daun kari, cili kering di atas kuali lain dgn sedikit minyak.. tumis hingga bawang garing dan naik bau...
  5. masukkan lebihan santan dan udang dlm kari dhal. kacau pelan2 jgn sampai pecah minyak
  6. tuang bahan tumis darat ke dlm kari dhal. jgn masukkan minyaknyer pulak.. akhirnya, perasakan dgn garam.. siapp...
Analisis kalori:
Dianggarkan 1 serving dalam 200~230kcal

Tips:
  • oleh kerana sifat dhal y menyerap air maka anda boleh tambahkan air bila-bila masa jika nampak kuah agak kering
  • kaco hingga ke dasar kuali sebab takut ada y dhal melekat..
  • boleh ganti santan dgn low fat milk jika anda suka

6 comments:

Anonymous said...

Wlupn i tak tambah udang (sebab xde) n cili cos budak nak mkn. Tp rsa nya mmg menyegat. Tbaik bon!

Jn

cik bonbon said...

aha..tambah udang lagi mantop.. tak de udang fresh, guna udang kering pun boleh..hehehe..

Anonymous said...

bon, u agak2 bpe carbs dlm masakan ini?
wahahah cara tak i ty? ala ala atkins gituuu

jn

cik bonbon said...

kira sendiri la..hahahaha..
uols ngap jer tak yah kira

Anonymous said...

You actually make it seem so easy with your presentation but I find this matter
to be really something which I think I would never understand.
It seems too complex and extremely broad for me. I'm looking forward for your next post, I will try to get the hang of it!
My webpage :: help me lose weight Miami

Mijaa said...

Blog ni, sungguh mberi inspirasi, CikBonBon turun berat 12 kg dalam masa berapa bulan?

nak ikut step cikBonBon laa :)

Post a Comment