Wednesday, 12 June 2013

Sesi Beramas Mesra dgn Att (Si Ninja Cergas)

saja je Att nak main sorok2 belakang aku..  

Salam Semua...

Sejak aku mula berkecimpung sebagai penjenayah lemak, aku berkenalan dgn ramai org y mempunyai minat yang sama melalui Fesbuk..Selama ini aku harungi semua nie sorang-sorang jer..syukur dgn teknologi y ada sekarang ni..di situ lah aku mendapat ilmu dan secara tak langsung menambahkan ahli bersekutu yang baru..hehe.. 

Salah seorangnya ialah Att Si Ninja Cergas.. Sebenarnya aku kagum dgn semangat Att nie.. Att adalah salah sorg yang sangat2 berdedikasi terhadap dunia fitness. Dia selalu kongsi tips pemakanan dan kecergasan serta sering membantu orang y menghadapi masalah berat badan. Kalau korg nak baca tips2 beliau boleh baca di sini. Satu masa dahulu Att asalnya seorang y overweight.. Masa zaman study dulu katanya dia y paling lembek sekali..Tetapi sejak Att berhijrah ke New Zealand, di situlah bermulanya kecintaan dia terhadap dunia Gym dan fitness.. Sekarang badan dah solid, siap jadi personal trainer lagi... Wahhh.. kagum meks tauuu.. 

Nak jadi cerita pak ngah Att nie duduk setaman dgn aku... aku pun kenal pak ngah Att... sabtu minggu lepas kebetulan Att singgah rumah pak ngah nya, maka berjumpa la kami setelah setahun hanya kenal di alam maya.. Plan asalnya Att nak ajak aku pergi gym (kewl sangat 1st blind date ajak gym tuu..hehe), habis 3 gym kami jelajah tapi semuanya tak buka kerana semua gym buka paling awal pun 11 pagi. Pada masa itu pulak jam menunjukkan pukul 9 pagi.. Tukar la plan p hiking bukit mertajam.. Att terkejut "ehhh ingatkan bukit mertajam nie nama sahaja rupanya memang betul2 ada bukit". 

Dengan stamina kaput habis dek kerana dah lama tak senam aku pun gagahkan diri memanjat bersama Att..serius memang terasa penat yahampppun..padan muka diri sendiri sbb manjakan bonbon sangat.. tetapi aku tgk Att rilex gilerrrrrr..siap boleh borak tak berhenti..aku pulak y dok fuuhhhh..fuhhhhh..fuhhh..nafas mcm kerbau.. itu la perbezaan ketara org tak fit n fit.. hehehe.. 

Dalam perjalanan turun dari bukit, ada sorg uncle umo dah 70 tahun menegur kami.. uncle tu siap bagi tips kesihatan suruh minum air banyak2, ajar cara-cara merenggangkan tangan.. uncle tu cakap, 4 hari seminggu dia naik bukit nie..memang mantop la uncle nie ..y tak menahan suruh aku naik bukit selalu kasi cepat sikit kurus, Att katanya tak perlu dah kurus dah..(siott jer..hahaha).. 

Banyak giler beruk kt situ, ada seekor tiba2 datang kt aku siap berdiri lagi.. lalumenjerit aku "uncle..uncle..tolong.." (kenapa kuar perkataan uncle tu, patut kuar ayat abg kacak tolong tolong) malangnya tak da sapa nak jadi hero masa tu..aku baling plastik y berada di tangan aku..terus beruk tu g ambik plastik tu..aku apa lagi lari g kat Att..adooi...malu siot... ambik ko beruk nak sangat kan plastik kosong tu...

ensem khennn..ptuiii... 

Kemudian aku bawa Att g makan mee kuah ketam (femes kt bukit mertajam nie)..Perut dah kosong, apa lagi ngap2 la.. Att siap tambah 2 pinggan lagi..sedap katanya.. muahahaha... (sila telan air liur)

terbaik la..
Sebelum berpisah dan Att, Att sempat menurukan ilmu deathlift dan squat guna berbell buruk aku nie.. Baru aku tau rupanya selama nie cara aku salah.. baru aku dpt bezakan antara normal deathlift dan romanian deathlift.. sebelum nie aku nampak mcm sama jer.. akhirnya dpt jugak org tengok form aku, yer la dok squat sorg2 kan bukan ada cermin nak tengok.. aku kan trauma sikit nak squat semenjak aku sakit lutut nie, Att ajar time nak turun bawa bonbon turun dulu, time nak naik mendada sedikit..jangan telalu menyondol ke depan..itu y boleh menyebabkan sakit lutut..

 Tq Att very munch.. Lain kali raya, meh raya sini tauu..huhu

0 comments:

Post a Comment