Monday, 8 July 2013

Berat Rasmi Progress JulDes

Perasan tak ada pic org lidi kembung perut, tu maknanya aku obese

Salam Semua..
Ni berat aku pagi nie secara rasmi... berat kan......!! aku guna penimbang cosway ni. terpaksa beli penimbang nie sebab boleh kira body fat sekali..harga dalam rm83.90. ok la kalu beli jenama lain lagi mahal dalam ratus-ratus gak la.Paling penting ialah body fat, kerana body fat akan menentukan jumlah lemak yang berada dalam badan kita nie....

Gemuknya aku.........!!!*sebelum korg keji aku ngaku dulu* rupanya aku lagi berat banding kalu guna penimbang manual kt rumah aku nie.. cik bonbon mohon insap sekarang....lempang laju laju...piang..!!



korg mesti pelik,  pic apa nie?? abaikan saja..haha
Erkkk, tak puas hati kah?? Ok la aku cete pic atas nie salah satu option yang ada dlm mesin cosway nie M=muscle mass iaiatu 46.4, peh tu yang B=bone iaitu 2.2.. yang ribu2 kat bawah tu bermakna BMR aku.. data-data nie tak bape nak penting sangat. Yang penting berat dan bodyfat

Berat nie aku akan gunakan sebagai rekod rasmi aku sempena dgn Progress JulDes. Walaupun hari nie hari Isnin, aku akan timbang tiap minggu setiap hari Rabu.. Kenapa hari rabu??? sbb hari minggu kan hari cheat day.. maka secara automatik hari Isnin berat akan lebih tinggi kerana water retention. Aku akan upload pic berat aku tiap Rabu hokey.. 

Berat : 85.7kg
BF (body fat) : 45.8%

Lupa lak nak ukur inchies.. untuk inchies aku akan update sebulan sekali ja.. sebab  inchies ambik masa lama sikit nak nampak perbezaan.. 

p/s: tengok data-data nie buat aku frust gilerrrr.. aihh cik bonbon kalu tak insap lagi tak tau la nak buat camno lagi aih... 





0 comments:

Post a Comment