Wednesday, 10 July 2013

Bila Ingat Ramadhan, Ingat Kurma, Ingat Yusuf Taiyoob


Sudah menjadi lumrah di kala bulan Ramadhan pasti tak dapat dipisahkan dgn kurma.. Pada masa nie bersepah-sepah pasaraya mahupun pasar malam mahupun param menjual pelbagai jenis bentuk kurma.. Dan yang paling femes sekali pasti iklan Yusuf Taiyoob *sila sebut dgn nada berbisik* dimainkan di corong-corong radio. Sebenarnya masa aku riang ria kanak kanak, aku selalu pelik.. awat bila nak buka puasa mesti ayah aku paksa aku makan kurma.. sampai kan aku jadi tak suka dgn kurma..menyampah pun ada.. ayah, aku nak makan kuih tak mo kurma..huhu.. 



Bila dah besar panjang nie baru sedikit demi sedikit kurma dah boleh masuk ke dalam tekak aku. Seingat aku,  pertama kali makan kurma Yusuf Taiyob yang warna hitam, juicy dan gemuk tu semasa lecture aku buat jamuan buka puasa free.. "mmm..macam best pulak kurma ni," hati aku terdetik. Di situlah bermula kecintaan aku terhadap buah kurma..


tak silap aku kurma yang nie kot
Selain itu amalan berbuka puasa dengan kurma merupakan sunnah nabi. rugi woo tak rebut peluang nie. makan pun dapat pahala:



Daripada Salman Ibnu Amir RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika salah seorang di antara kamu akan berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkat, kalau tiada, dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi). 


Aku malas nak cete lebih2 tentang buah kurma.. sebabnya perkara ni kita dah sedia maklum.. dalam tenet, dalam paper pun byk cete kelebihan buah kurma nie, pandai-pandai ler tanya pakcik google.. Cuma aku nak ceritakan pengalaman aku bebaru ni semasa aku berpuasa.. Biasanya nak dekat-dekat bulan Ramadhan time nie la nak bayar hutang puasa *ala org pmpn khennn...* Seperti biasa, aku berbuka puasa dgn makan nasi dan minum air kosong sahaja. Then selang beberapa minit tiba-tiba tekak nie teringin nak makan benda manis.. mula la di fikiran aku nak cokelat la, aiskrim la.. pendek kata nak benda-benda manis.. aku pun tak faham kenapa aku berfikiran macam tu.. akhirnya aku pun singgah mekd drive through dan beli sunde cone.. baru la aku rasa lega dan tak ngidam benda-benda manis.. Malam itu, aku terfikir kenapa aku jadi macam tu??

Tinggg...!! Baru aku ingat sepanjang kita berpuasa paras gula dalam darah sangat-sangat sedikit or menghampiri 0.. Dari sini baru aku boleh relate dgn sunnah makan buah kurma. Ini kerana kurma mengandungi gula ringkas (fructose) yang membekalkan tenaga dgn cepat lantas menaikkan semula paras gula dalam darah.. Sebab itu secara semula jadi kita masa berbuka puasa kita mesti nak minum air manis dan menjamah kuih-muih manis.. Tapi Allah dah atur baik punya, sebab Dia tau jika kita minum air manis or kuih muih tak baik utk kesihatan. Maka di sarankan makan buah kurma kerana lebih banyak kahsiat dan zatnya..boleh rujuk dalam blog kevin zahri kalu korg nak tau lebih lanjut. Tetapi harus diingat kurma juga ialah makanan yang tinggi kalori, makan lah secara sederhana dan jangan berlebihan. 




Kesokkan harinya aku berpuasa lagi, kali nie berbuka puasa dgn kurma Medjool.. Giler besar kurma nie.. makan seketul pun jenuh nak habiskan.. Apa yang pasti kali nie, aku tak ngidam benda-benda manis dah.. Selamat.........!! Jom kengkawan kita berkurma kurmaan.. 

besaq gabak kurma medjool ni
Khas utk Readers : Selamat Menjalankan Ibadah di Bulan Ramadhan

5 comments:

arry said...

betul3..tade satu pun sunnah Nabi ni yang gagal..kite je yang gagal nak ikut...alahai..

cite pasal kurma Yuta nih, prof ada cipta satu teka teki gini bunyinya.."biasanya org berjualan dengan suara yang kuat untuk menarik perhatian tetapi yang satu ini , barangkali satu2nya di dunia, die berjualan dengan hanya berbisik sahaja..coba teka siapa dia"..seb baik aku dapat jawab, ahahah^^

cik bonbon said...

@ arry
rajinnya hang rempit blog aku hari nie.. tak terfikir aku teka-teki mcm nie..hahaha.. dgn berbisik pun leh jadi kaya..hehe..

arry said...

....shhh blog ni aku bookmarked shhh...

cik bonbon said...

...shhh... terima kasih kerana jadi penyokong..
...shhh.. terpaksa la aku update selalu..huhu

Middle East Product said...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sangat menarik artikel tentang keberkatan buah kurma. Sila layari website kami untuk mendapatkan bekalan kurma. Terima kasih.

Post a Comment