Friday, 12 July 2013

Buka Puasa Macam Puaka Vs Buka Puasa Macam Burung

cepat lap keyboard, menitik ayaq liuq


Salam semua...

Menjadi lumrah di bulan puasa, saat-saat paling best sekali pastinya saat berbuka puasa.. Umat Islam seduina meraikan kemenangan melawan nafsu sepanjang hari.. Di tambah pulak berbuka puasa beramai-ramai dengan keluarga, seronok tak terkata.. Kalau dah ramai-ramai macam nie, pastinya juadah penuh semeja.. Sampai kan kita rambang mata nak makan yang mana dulu.. 



Keluarga aku pun seperti keluarga lain-lain jugak.. Selalunya mesti akan ada 2 jenis air.. air manis serta air panas, kurma, kuih at least 1 jenis (kekadang berjenis-jenis), nasi, lauk pauk dan buah.. Sekali dah buka posa, berebut-rebut makan kalu boleh semua nak ngap serentak macam puaka.. Seusai santap juadah berbuka, perut aku akan sengkak gila.. nak bernafas pun susah.. Mula la rasa ngantok, badan rasa lesu, nak solat maghrib pun jadi malas.. Peh tu time nak terawih rasa mcm berat sangattttttt.... kekadang rasa malas bermaharajalela sangat sampai ponteng terawih.. padahal surau dekat kentoot je dengan rumah aku.. 



Sejak dua menjak nie, aku cuba untuk tukar cara aku berbuka puasa.. Aku try ikut cara sunnah, iaitu berbuka puasa dgn kurma, buah dan air dulu ala-ala macam burung gitew.. Selepas tu g solat maghrib, dah habis tu baru la melantak. Yang sedihnya, bayangkan masa tu semua keluaga aku dok berebut makan..aku sorg2 bangun p solat dulu.. Dah habis solat, kekadang lauk yang aku aim nak makan dah habis dah.. hohoho..sabar jer la.. Memang cabaran jugak la bila dah aku sorg2 je. 


Akan tetapi aku bahagia begini..nak tau tak kenapa??? sebabnya aku lebih senang nak kontrol makan dgn cara begini.. Selepas aku menunaikan solat maghrib, aku dah tak bernafsu puaka sewatu menikmati juadah.. Perut aku pun dah tak rasa sengkak dan aku makan dalam keadaan tenang. Dari segi teori kenapa jadi macam nie, meh aku quote ayat dari bro SS 

 Beza masa sekitar 10-15 minit antara waktu "membatalkan puasa" dan hidangan yang berat itu akan membuatkan badan tidak terlalu terkejut menerima jumlah makanan yang terlalu besar secara tiba2, otak pun mudah mentafsir rasa kenyang selepas itu kerana ia mengambil masa 20 minit (bermula ketika makanan pertama masuk dalam perut) sebelum dapat mentafsir rasa kenyang  

Disebabkan aku dah solat  siap2, aku tak da rasa kelam kabut nak kejar waktu solat.. Kalau dulu, lepas makan aku kena kemas meja..lepas tu terkejar-kejar nak maghrib, waktu dah nak habis dah.. Paling best bila perut tak rasa ketat, aku rasa bersemangat nak p terawih.. terawih pun rasa tenang jer..kalau dulu mengah-mengah jugak la sementara nak tunggu juadah hadam..Paling syok waktu tengah rukuk, terasa makanan tu naik atas balik, kalau makan benda pedas..perghh berpijar tekak aku..huhu

Syukur, Alhamdulillah sekarang terawih terasa lebih aman sekali dong.. Kepada readers cuba la tips ni.. anda akan rasa perbezaannya..gerenti..!!

Jika katakan korg g buffet, ikut jugak cara ini.. Jangan risau, dah nama pun buffet..jika makanan habis akan sentiasa di topup.. Tambahan pulak korg tak yah berebut nak solat maghrib.. Kalau korg tunggu semua org habis makan baru solat alamatnya berebut-rebut dan tak selesa.*hakikatnya dah solat maghrib peh tu leh makan 3,4 round sampai kan tengah malam pun takpa, bayar mahal tu rugi wooo..* tips tak leh pakai nie..hohoho.. 

Sekian tips di bulan Ramadhan dari saya Setajah BonBon.. hehehe..  



0 comments:

Post a Comment