Thursday, 18 July 2013

Menu Sihat: Greek Yogurt cap Sunglo


Apa itu Greek Yogurt?? Adakah ia berasal dari negara Greek? 

Ok ini perkara yang terlintas di fikiran aku bila pertama kali mendengar Greek Yogurt. Di luar negara Greek Yogurt sudah menjadi satu trend di kalangan orang yang mengamalkan gaya hidup sihat. Lalu aku pun tertanya-tanya apa yang menariknya pasal yogurt nie dan apa bezanya dgn yogurt biasa??

Bermulalah pencarian ku kat pacik Google, rupanya cara pembuatan yogurt biasa dan greek yogurt sama jer bezanya satu jer iaitu semasa proses penyaringan untuk menyingkirkan cecair whey menggunakan "cheesecloth".. Di mana yogurt biasa cuma melalui proses ini dua kali berbanding greek yogurt  melalui proses ini sebanyak tiga kali lalu menghasilkan tekstur yang lebih pekat. 

Mesti korg nak tau kan apa yang BESSSSST sangat la pasal greek yogurt nie.. 
  • Protein greek yogurt adalah 2 kali ganda berbanding dari yogurt biasa. Sesuai la bagi korg yang nak tingkatkan pengambilan protein
  • Karbohidrat greek yogurt kurang berbanding yogurt biasa. *bebudak Atkins mesti suka..haha
  • Sodium greek yogurt kurang separuh berbanding sodium yogurt biasa. 
Tetapi ada gak kelemahannya iaitu kalsium greek yogurt kurang berbanding yogurt biasa dan yang pasti harganya lebih mahal dari yogurt biasa..hehehe.. untuk penerangan lanjut pasal greek yogurt boleh klik sini

Aku tau korang mesti bosan kan baca benda yang berilmiah sangat kan..maka aku tempek gambar nie supaya korg lebih mengenali apa itu greek yogurt.




Susah giler nak jumpa greek yogurt kat tanah malaya nie.. Hinggalah suatu hari aku terjumpa greek yogurt cap Sunglo nie kt Tesco.. taraaaaaaaaa... berbunga-bunga hati aku..terus je aku ambik tanpa tengok harga.. *sori la wa overdose excited masa tu* Yang aku beli jenis size kecik mcm ala2 yogurt nestle.. 

wa tarak jumpa bekas besar macam nie..mmm... 




Ni gambar nutrition info, sori sebab agak kelam snap gambar waktu malam kekdahnya.. Meh aku highlightkan pada yang rabun malam

per 100g Greek Yogurt:
Energy 85kcal
Protein 9.8g
Fat 1.8g
Carbohydrate 7.4g 


Oleh kerana aku beli yang jenis kecik berat dalam 135g maka kalori adalah sebanyak 115kcal.

Jenguk dalam

Close up pic
Sudah puas menelek gambar??? Mesti hati nurani korg terdetik macam mana rasanya ehhhh.... jeng jeng... Pada pendapat lidah aku, rasanya lebih pekat berbanding yogurt biasa, lebih berkrim, ada sedikit rasa ala-ala cheese dan masam sama macam yogurt biasa...

Selain perasa natural ia jugak didatangkan dgn perasa buah-buahan seperti mangga, straberri dan sebagainya.. Tapi ada satu perasa yang istimewa iaitu perasa cempedak *rujuk gambar di bawah* muahahaha.. penah ke korg jumpa yogurt perasa cempedak sebelum nie.. ? tak penah khenn khenn kehnnn..

berketul-ketul cempedak memang tak kedekut betul

Memang la korg takkan jumpa yogurt perasa cempedak di seantereo dunia sebabnya aku yang tambah cempedak nie.. hahaha..bagi aku yang lidah tak berapa gemar makan benda-benda masam terpaksa la aku makan bersama buah..kebetulan buah cempedak jer yang ada..so apa lagi.. gaul sekali dgn greek yogurt nie... 



Memang Heaven sangat bila makan greek yogurt dgn cempedak.. ala2 makan cheese cempedak.. 
Apa lagi korg tunggu.. p kejar tesco berhampiran untuk dapatkan greek yogurt.. yummeehhh...!!!

5 comments:

arry said...

aku suka letak passion fruit...mak aiii..nangess dengan kesedapannya (T T)..tapi susah nak cari buah tu..nangess lagi..

ade juga yang kata kalo tapis yogurt ngan kain kasa...bleh dpt tekstur ala2 grek yogurt..ni aku tgk rachael ray tv show..tapi aku lum cuba agi..

cik bonbon said...

@arry..

memang cara nak buat yogurt n greek yogurt kena tapis dgn kain kasa..cuma greek yogurt kena tapis byk kali sampai pekat
greek yogurt = yogurt pekat..haha..

kalu ko rajin buat ler.ekeke..
tak penah aku makan passion fruit.. memang nangess nak dpt..kalau ada pun nangess dgn harga dia..hahaha

arry said...

mmg slama ni aku wat yogurt sendiri..tapi ikut resepi online diorg tak tapis..patutla yogurt aku cair

rupanya greek yogurt ni dlm bhs arab dia panggil labneh..rasenya aku pnah makan ngan roti tuna masa g umrah...nnt aku cuba pastu aku update hang kat FB..yg tu pun sedap sampai nk nangess..pastu bila body naik nangessss..makan nangesss la keje nye...body combat tak gak buat2..
nangesss dgn lebat(T T)

cik bonbon said...

hebatnya pandai buat yogurt sendiri..

bila ko makan ko nangess...
bila ko body combat peluh ko nanges...

labuharry said...

tesco mana juai neh tak jumpa pong

Post a Comment