Thursday, 4 July 2013

Misi Slim Raya


Igat kevin zahri je ada program Jom Kurus Raya.. hakak pun ada tawww....ku namakannya Misi Slim Raya. Selama ni kalau bulan puasa paling byk pun aku boleh turun 2kg jer..biasa la time buka puasa penuh juadah kat meja nie.. sampaikan tak cukup tempat nak letak atas meja.. acara makan-makan berlangsung sepanjang malam pulak tu.. memang cabaran besar nak jaga makan nie..



Lagi satu, aku baru je join Progress JulDes iaitu progam suka suki antara rakan2 di FB utk beri semangat mengurangkan berat badan sepanjang bulan Julai-Disember.. ini sebagai moral support utk aku, yer la aku kan buat sorang2.. at least ada group support macam nie tak de la aku cenderung nak hanyut..  *gambate nehh... 

Ini adalah program tindakan aku sepanjang bulan puasa:-

a) Pemakanan
  • Katakan tidak pada air manis kecuali cheat day.
  • Nasi separuh
  • Kuih limit pada satu sahaja
  • Lebihkan ulam-ulaman (aku beli stok salad/timun siap-siap)
  • Pemilihan lauk sukar sikit nak jaga sebab mak yang masak. aku balik keje terus ngap..muahaha.. 
  • No 2nd round after terawih (snek tetap ada)
  • Jaga kalori tidak lebih dari 1600kcal - rekod guna Diet Dairi SS or myfitnesspal.com
  • Makan 4 kali sehari = sahur, iftar, balik terawih (preworkout), snek malam (post workout)
b) Senaman


SELEPAS TERAWIH
WAJIB
4-4.30 PAGI (OPTIONAL)
ISNIN
HIIT\CIRCUIT

30
DAY
GLUTES
CHALLENGE

JM
BODY REVOLUTION
SELASA
DB COMPLEXES
RABU
DANCE
KHAMIS
-
JUMAAT
HIIT\CIRCUIT
SABTU
HIIT\CIRCUIT
AHAD
-
  • HIIT\Circuit = Oleh kerana lepas terawih kalu boleh nak senaman yang simple dan cepat. At least 30 minit.. maka senaman begini lah yang paling sesuai sekali kerana tak makan masa yang banyak. Ada berlambak program begini kat dalam internet. Kemungkinan besar aku akan ikut ZWOW dan seangkatan dengannya. 
  • DB complexes = ini aku ikut cara bro pacat dari blog thestrongpage
  • Dance = aku dah download bebanyak tarian Just Dance dari youtube..hahaha... so boleh gelek sakan
  • 30 Day Glutes Challange = Ini atas saranan sis Leny utk membentuk bonbon yang cantik ikut program dari bapak bonbon internasional iaitu Bret Contreras. oleh kerana ini program 30 hari maka tiap hari wajib buat.
  • JM Body Revolution = ini adalah program dari hakak Jillian Micheals kita. Sepatutnya utk 90 hari.. tapi sebabkan aku workout pagi2 buta maka aku buat je program nie,  tak payah nak fikir banyak. Pasang CD terus buat.. mesti korg terfikir kenapa OPTIONAL? sebab buat pagi2 buta aku takut aku tak terbangun..hahaha.. aku tak leh buat malam kerana waktu malam tv dah kena konker oleh ayah aku. maka tak de harapan nak buat nie pada waktu malam.. aku anggap ini sebagai bonus. Jika aku tertdo maka berJM atas katil jawabnya..haha

CABARAN BERMULA..!!



0 comments:

Post a Comment