Wednesday, 24 July 2013

Ulasan Zcut Power Cardio

Salam semua.. 
Korg kenal Zuzka tak??? Kalau korg tak kenal bermakna korg jarang layan youtube.. beliau merupakan salah sorg selebriti youtube yang femes untuk fitness. p jer search ZWOW kat  youtube mesti korg jumpa.. She is my hero.. aku adore sangat dgn body dia dan senaman dia memang NO JOKE.. kalu tak nafas macam kuda tak sah..hehee. Dalam awal bulan tahun ni Zuzka dah lancarkan dvd baru beliau bertajuk ZCUT POWER CARDIO. Moh aku cete secara ringkas apa yang ada dalam Zcut.



  • Ada 12 jenis workout, abs bonus, warm up dan cool down
  • Kesemua workout adalah jenis high intensity. maka tak berapa sesuai untuk beginner. tetapi anda boleh permudahkan pergerakkan ikut kemampuan macam aku nie..haha
  • Masa singkat dalam 10 minit ++ sesuai bagi orang yang sibuk. akan tetapi bergantung jugak pada stamina anda, macam aku nie stamina out, ada jugak yang sampai 20 minit baru selesai
  • Progam Zcut ini berlangsung selama 3 bulan. terdapat jadual disediakan dalam blog beliau. Secara asasnya anda akan ber"zcut" 5 kali seminggu 
  • Untuk setiap workout, Zuzka akan terangkan step dan tutorial. Maka anda tidak akan mengikut beliau secara membabi buta 
  • Zuzka seorang je watak dalam video ini malah lagu pun tak dok.. Tidak seperti video workout yang lain di mana host akan bersenam berjemaah sambil berjalan-jalan dan cakap non stop..haha.. Sebaliknya anda boleh lihat Zuzka struggle nak habiskan senaman dia sendiri..huhu.. 
  • Secara umunya ada 3 method dalam Zcut ni iaitu Time Challenge (buat selaju yang anda boleh), AMRAP (as much reps as possible..kira buat sehabis banyak dalam tempoh diberikan) dan Tabata (20 saat senam/10 saat rehat)
  • Zcut tidak menggunakan sebarang peralatan melainkan berat badan anda sendiri
  • Jikalau nak dibandingkan Zcut dan Zwow.. bagi aku Zcut lebih simple pergerakkannya banding Zwow. 
  • Anda akan buat banyak giler Burpess.. Zuzka suka sangat suruh kita buat burpess.. pitammmm...!!
Contoh workout

Korang excited belum ni???? nak dapatkan dvd Zcut ker?? Berita tak berapa baik, dvd Zcut hanya boleh didapati di US dan Canada sahaja.. Nasib baik ada peminat Zuzka breakdown step Zcut dalam youtube.. linknya di sini. Walaupun bukan video penuh, aku tak kisah sebab aku dah lama buat senaman Zuzka nie.. Selama nie pun aku akan study dulu video workout beliau. Lepas tu aku pasang lagu lantas aku senam bersungguh-sungguh. At least aku boleh fokus 100% banding jika aku senam sambil tengok video workout, aku cenderung untuk curi tulang sebab dok usha-usha cara workout sambil dengar celoteh host video workout tu... Itu lah yang berlaku bila aku ikut cd Jillian Micheals.. Aku memang tak boleh r buat senaman ikut video macam nie. Aku jadi kurang fokus dan cepat bosan.. huhu.. Maka untuk bulan puasa nie aku buat keputusan nak ber Zcut... yeahh..nanti aku akan share jadual workout baru yer.. 




2 comments:

Cik Adek Manes said...

Haha ! Kelakar betoi.. ! Tetibe teringat time belajar kelas Simran ritue.. heols tnye iols sape idols dlm fitness nie yg iols kagumi.. Iols ley cakap nama ZUZKA.. Hahaha ! Simran pandang mak atas bawah, atas bawah ja time tue.. !

Lala Aero said...

wah saranya boleh juga ..
sam rumag bisa lagsung di coba ni...
oya kalau trend baju senam body imageseperti apa ya untuk saat ini..
mohon infonya...

Post a Comment