Saturday, 19 October 2013

Menu "Macam" Sihat Versi Raya


Apakah gambar ini?? belek baik baik.. certeka certeka....
Macam mee tapi bukan... ada lak sayur fucuk dan tempe... warna kuning lak tu.. 

Ok aku akan hilangkan misteri anda.. Jawapannya ialah lontong or org utara panggil sayuq lodeh.. tapi, tanpa nasi himpit sebaliknya digantikan dgn spegeti wholemeal.. ala2 macam fusion food gitew... where west meet east.. hehehe.. Korg mesti ingat aku makan nie masa raya haji kan kan kan.. semestinya anda salah...tett.. sebenarnya aku tetiba je teringin sangat nak makan sayuq lodeh .. tp malas nak buat nasi himpit..maka makan dgn spegeti wholemeal.. kemudian aku terfikir, mm sayuq lodeh sebenarnya adalah antara menu hari raya yang sihat..kenapa sihat?? padahal ada santan.. ooo jgn risau santan ialah lemak yang sihat..lepas tu penuh dgn sayur sayuran dan protein seperti tempe dan tauhu.. Untuk menyihatkan lagi kita makan dgn spegeti wholemeal.. lain dari yang lain bukan...  (berpeeling macem mat salleh varu nak velajar maken sambel velacennn...) 

Habis tu raya haji itu hari cik bonbon makan apa??? jangan dok kalut nak tanya, kang aku tanya hangpa balik soalan yang sama.. dah nama pun raya kan..sedia maklum la..aku sapu bersih semua atas meja mcm vakum tanpa berikir 2,3 kali..hahaha... 

Bila raya haji dah habis, seksa woo nak mula diet balik... nangessss... 


0 comments:

Post a Comment