Tuesday, 8 October 2013

Selamat Hari Lahir Cik BonBon


Tanggal 7 Oktober (tahun-no komen)
Mungkin ia tidak bermakna pada orang lain tetapi tidak bagiku kerana itu lah tarikh yang tercatat dalam ic ku menunjukkan tarikh aku dilahirkan di dunia ini.. Syukur alhamdulillah kepada Ilahi kerana masih lagi memanjangkan usia ku hingga sekarang. Terima kasih atas ucapan, wishes yang memenuhi news feed fesbuk ku hari nie.. sayang korang ketat2....


Pasti ada readers aku tertanya di mana aku menghilang selama 2 bulan nie.. yup dah 2 bulan aku tak update blog... sebenarnya banyak perkara aku nak tulis tapi "kerajinan" telah sesat tak jumpa jalan pulang.. huhu.. hakikatnya aku sebenarnya stress.. yup stressss dgn hal peribadi serta dgn hal keje y menimbun.. akibat stress ini telah menyebabkan aku hilang semangat nak berdiet dan senam.. maka aku terbabas lagi..Progress JulDes ibarat tiada makna bagi ku.. Semuanya salahkan stress.. norma manusia sentiasa mencari alasan tuk lari dari realiti... 

Untuk pengetahuan korg semua, berat aku naik mendadak... 87kg.. yahoooo.... ! akibatnya seluar makin sendat..dan y paling ketara aku selalu sakit kepala.. aku dpt rasa macam ada tanda-tanda kena darah tinggi.. tambahan pulak keluarga aku memang ada sejarah darah tinggi.. selain itu, dah 2 bulan aku tidak dikunjungi cik bulan merah.. tanda2 hormon aku huru hara..

Aku kena buat sesuatu... aku tak boleh terus menerus begini..jika ini jalan yang aku pilih aku ibarat menggali sendiri kubur aku... Aku kena lawan... aku kena bangun.... Cik BonBon meh kena penampaq gaya bayang-bayang... piap piap piap..!! 

KU SERU WAHAI SAKA DIET DAN FITNESS MERASUKLAH DALAM BADAN KU....
NGAUMMM... MEOW MEOW..!

mohtip pic pakcik ni kuar bila aku google pasal saka..muahaha


0 comments:

Post a Comment