Sunday, 10 November 2013

Bekalan Makanan Ku di Ofis



Salam semua... 
Untuk pengetahuan korg sekarang aku bekerja dari pukul 12 tghari hingga ke 9 malam.. Bekerja di waktu begini memang menyebabkan aku rasa laparrrrrrrrrrr je selalu.. Dah la waktu rehat tak menentu, tiap hari rehat tak sama dgn kengkawan..aku nie kalu sorg2 memang jangan harap la aku nak g makan luar.. peh tu kantin kt ofis lak kul 4ptg dah tutup.. Selalu gak bila kelaparan mula la g mengepau makanan kt kengkawan.. Faham2 la semestinya y ada jajan, cokelat dan memacam lagi yang tak sihat yang dorg selalu buat stok.. 

Maka untuk memudahkan aku lantas sekaligus mengelakkan aku kebuluran, aku tak de pilihan lain melainkan aku kena bawa makanan aku sendiri.. Memandangkan aku masuk keje lambat, masa ini aku gunakan sebaiknya dgn buat bekalan makanan..Sekali buat utk 3 kali makan habang hanggggg.. Untuk lunch, snek petang dan dinner.. Aku masak simple-simple jer sebab takut kang terlambat masuk ofis.. Kadang-kadang rutin nie amatlah melecehkan tapi aku ambik peluang nie utk memasak makanan yang lebih sihat dan yang paling utama dapat menggemukkan dompet aku.. al-maklum la sejak harga gula dan minyak naik..barang makanan pun naik tanpa segan silu.. 


Pic di atas ialah lunch aku .. nasi separuh, salad, ikan masak lemak (lauk semalam, nak jimat punya pasal dan tak mo membazir..hehe), sayur bayam bersama kerang ( sebenarnya kerang rebus semalam, air kerang tu aku gunakan utk merebus bayam..bijak kan kan kan..hehe).. Sesampai je kt ofis aku akan makan bekalan nie maklum la check in kul 12 tghari, perut dah berkeroncong... Terpaksa makan sambil buat keje..emmm.. 



Ni pulak dinner aku, roti wholemeal, telur mata (tanpa minyak), salad dan sedikit sos cili.. Simple jer kan.. Sebnarnya tak da la tiap malam aku makan roti..ada masanya aku bawak nasi dan lauk lebih untuk buat lunch dan dinner sekaligus.. 


Ini pulak snek petang iaitu greek yogurt + madu + kurma + cinnamon.. Selalunya sampai je ofis terus aku letak dlm peti ais sebab sedap makan sejuk-sejuk nie.. Bila stok greek yogurt dah habis aku bawak buah jer sebagai snek petang..

Ni la serba sedikit mengenai bekalan makanan ku kat ofis.. Bila dah buat macam nie, baru la aku leh bekerja dgn aman damai..tetapi ada masanya aku kuar makan luar jugak jika kebetulan dapat waktu rehat sama dgn mamber.. Maka aku pastikan aku makan yang ringan-ringan.. Sesampai je rumah aku jarang nak makan di rumah, walaupun kekadang  termakan gak terutama jika mak aku masak sempoi punya hari tu..huhu.. Dah sebulan dah rutin aku macam nie.. insyaAllah aku akan kekalkan rutin nie... ala-ala syampoo 2 dalam 1, boleh diet badan dan diet poket..hehehe.. 

p/s: tiap hari aku dok ngidam nak makan ikan keli goreng rangup kt kedai makan tepi Giant.. aku sabarkan diri jer nie..  

3 comments:

Anim Daim said...

wah2 rajinnya bawak bekal......
nie buat bersemangat balik nak bawak bekal nie p keje

Cho Zila said...

tahniah.. giniler setiap bendapun ada solutionnyer...
tak leh nak rehat ngan kawan2 leh bawak bekal...
selamat menebalkan poket dan menslimkan badan..

cik bonbon said...

tak suka rehat sorang2..rasa macam poyo jer makan sorang2 kat kedai makan.. lebih rela tapau bawak balik makan kat ofis..tetapi segan nak start kete p cari makan kat luar jika sorg2.. kalau nak order kat kengkawan jenuh nak kena tanya setiap org mana dorg nak g makan..

dah biasa bawa bekalan rasa macam tak lengkap hidup jika tak bawa bekal hari tu..

untung korg tiap hari leh kuar makan dgn kengkawan..at least dpt kurangkan stress keje

Post a Comment