Thursday, 14 November 2013

Kalendar Senaman dan Jadual Senaman Pulak Dah

mohon abaikan dinding warna pink **ayu sgt iols..*

Salam semua... 
Nampak tak kalendar besusun di situ.. hakak buat sendiri tauuuuuuuuu..... *sambil dok buat kalender nie aku dok terfikir napa la aku susahkan diri sendiri, bukan ke boleh je print out je kalender kt ofis*.. Alkisahnya nak tau camne leh dpt ilham dan apa fungsi kalendar nie..?? Meh nak story morry sikit..



Sejak lepas balik dari Viper, aku sangat la lemau nak senam.. berat pun naik dgn jayanyaaa... Bermula bulan lepas aku mula bersenam semula..akan tetapi sangat amat la payah nak dapat displin.. Ditambah pulak stamina memang drop habissssss hingga ke ground 0.. Buat permulaan aku cuma buat steady state cardio yang ringan-ringan contohnya menari dan slow jog... Masuk bulan nie aku rasa dah sampai masanya aku upgrade kan diri aku untuk buat senaman yang lebih intense... Aku memilih untuk bersama dgn trainer yang aku sayangi iaitu Zuzka dan Jillian Micheals.. 




Ni jadual workout baru... Bagi yang tidak tahu, ZCUT itu ialah senaman dari Zuzka iaitu Zcut Power Cardio..BR pulak ialah senaman dari Jillian Micheals iaitu Body Revolution.. Kedua-dua senaman ni ada jadual tersendiri.. Oleh sebab itu aku buat kalender supaya senang aku nak tandakan senaman yang aku dah buat.. Aku tidak la ikut jadual ZCUT dan BR sebijik sejebon, sebaliknya aku olah mengikut keadaan.. Untuk BR, part cardio aku tinggalkan kerana aku dah gantikan dgn ZCUT.. Sebab kenapa aku gabungkan ZCUT dan BR ialah ZCUT masa senam pendek jer kurang 20 minit, oleh itu aku boleh la masukkan BR sekali.. Jika ada hari aku bz aku buat salah satu jer la.. Free workout pulak bermakna aku bebas nak buat senaman apa pun pada hari tu..ye la aku takut boring kalau tiap hari buat yang sama je kan.. Mungkin aku akan jog, hiking, dancing, kb dan sebagainya ikut mood aku hari itu.. Hari rehat aku lak, kemungkinan aku akan berpuasa (jika aku larat hari tu).. insyaAllah doakan aku istiqamah yer.. Next week baru aku akan mula ikut jadual nie.. Buat masa sekarang aku fokus pada larian kerana hujung minggu nie Penang Bridge Run. 



Meh close up kalendar.. Aku dapat ilham dari Zuzka.. Pentingnya kotak2 itu untuk catat senaman apa aku buat hari tu serta merekodkan result senaman.. Oleh kerana senaman ZCUT cuma ada 12 siri dan kita kena buat berulang kali selama 3 bulan.. Maka result yang dicatatkan akan menjadi penanda aras utk workout yang sama. "Beat our own time" bak kata Zuzka.. Dari sini kita akan tahu yang kita makin hari makin fit dan cergas.. Kemudian ada gak ruang untuk rekod bacaan berat, body fat, waist, hips dan thigh.. Bacaan diambil dari segi sebelum, selepas dan perbezaan.. Ini juga penting supaya kita tau kita ada progress pada bulan itu.. 


So far kalender nie aku buat sampai bulan Feb tahun depan.. Ini kerana program ZCUT dan BR berlangsung selama 3 bulan.. Aku sampai sekarang macam tak caya jer aku rajin bebenor buat kalendar nie.. Bagi aku bila kita tengok kalendar ni depan mata baru rasa semangat sikit.. Tiap malam sebelum tdo mesti dok tenung jer tengok, jangan sampai workout dalam mimpi udah ler... huhu.. 

p/s: untuk pengetahuan korg tak penah pun aku buat ZCUT or BR sampai habis programnya..selalu hot hot chicken shit.. harap2 kali nie aku akan buat sampai habis.. 

Jom let fat's cry........!!! 

2 comments:

Arfisyam Abd Hadi said...

Tahniah atas perancangan saudari itu.

Harap saudari akan lebih fokus dan lebih determine! elakkan daripada hari yang tidak pasti work out yang nak dibuat.

Saya pun manusia juga, ada masa naik dan turun tapi kalau asyik yo-yo...kita takkan ke mana.

Daripada pengalaman sendiri melalui jumpa doktor pakar bahagian sports injury Dr. Rusman (D'sara Specialist Hospital), jika doktor dah mula pesan untuk kurangkan berat badan, kita perlu mulaka dengan diet yang realisitik, bukannya terus beli kasut sports baru dan esoknya terus jogging...

Yang penting ubah corak pemakanan kita. Diet bukan bermakna kita tak makan...pada saya isitilah diet tu lebih kepada jaga food portion dan jaga food intake kita...plus banyak minum air kosong...

dari situ bermulanya kesusutan badan...itu yang doktor pakar pesan pada saya. Ada kebenaran dia...

Saya combinekan jaga food portion, jaga food intake plus saya work out...dan saya pilih Kettlebell...memang kettlebell nampak sama....tapi it works for me...

So harap saudari teruskan plan saudari tu. Namun plan saudari perlu ada susulan PLAN --> DO --> CHECK --> ACTION.

In Sya ALLAH saudari akan berjaya..

Wallahualam.

cik bonbon said...

terbaik la Arfisyam Abd Hadi
saya akan ikut saranan saudara
buat masa skrg sy main kb dlm hari free workout
tengok la lepas program nie mungkin sy akan lebih selitkan kb dlm jadual senaman

Post a Comment