Tuesday, 12 November 2013

Menu Sihat: Mentega Kacang Buatan Sendiri


Salam semua... 

Sapa sini suka mentega kacang??? Sedap kan jika makan bersama roti..yummeh... Bebaru nie kengkawan fitness aku dok musim buat mentega kacang sendiri...Semestinya bebas dari perasa tambahan, gula dan 100% halal toyyiba..  Apa lagi, aku pun bersemangat nak buat.. Hasilnya adalah seperti gambar di atas.. Sekali pandang nampak mcm kerisik kan kan kan...huhu





Ini la bahan-bahan utama iaitu kacang... aku beli kacang hancur segera kerana aku malas nak panggang kacang nie.. 


Close up sikittttttttttt... 


Rumah ku tak da food processer..nasib baik ada blender biasa... cuma yang tak best pasal blender nieeeeee... asyik dok stuck jer.... yahampunnnnn terseksa noks.. blend sikit jer kena kaco..sokmo kena kaco jer..kena bertabah sampai la minyak kacang nie kuar baru lah leh blend dgn aman... basah tiak aku tauuu nak menunggu sampai kacang tu hancur lebur...


Ni la hasilnya setelah minyak kacang tu keluar...



Oleh kerana aku nie suka nak merapu aku buh sikit serbuk cokelat kekonon nak  rasa kecokelatan serta sedikit garam.. 


Lihatlah komposisi kacang nie makin smooth dan lincin... 



Nahhhhhhhhhhhhh..... nampak mcm ketul2 sikit kan.. ala biasa la guna blender, lagipun aku suka mcm ni..hehehe


Simpan elok-elok dlm tupperware



Sedia utk diletakkan dalam peti ais.. kalau org tak tau mesti ingat bekas cili boh..hehehe.. 
Aku tau mesti ada satu soalan korg nak tau... meh aku teka meh aku teka..

RASA NYA SEDAP TAK??

Sejujurnya.......................................... jujur dari lubuk hati.............. tak sesedap mcm beli kt luar.. even kalau nak bandingkan dgn steffi, yang steffi 10 kali lagi sedap... aku pun termenung jugak la.. kenapa yer?? sedangkan jika nak dibandingkan mentega kacang di pasaran, cap steffeni yang paling sihat serta kurang sedap kerana ia tanpa gula serta hanya guna kacang semata-mata... pas tenung syiling..tenung lantai.. tenung tingkap..aku dah dpt kesimpulannya.. steffi pun mesti ada buh perasa tambahan bagi sedappp (or mungkin jugak sebab guna kacang jenis mahal).. mmm.. mentega kacang aku nie ada sedikit rasa hangit dan  kurang berlemak. demi nak sihat, layankan jer laaaaaaaaa...........................


6 comments:

arry said...

woo peanut butter, aku suka letak kat wafel/toast/penkek panas, ..apa kata ko cuba mula dari kacang mentah..mungkin jadi..aku pun skrg sedang berusaha nak kurangkan makan makanan yg diproses..mana2 yg bleh eg wat roti sendirik, biskut sendirik etc etc....

shahrul nizam abdullah said...

Hihihihi blend kacang blh keluar minyak ye...

arry said...

o ya..kalo nak bubuh coklat kena pakai hazelnut..cam nutella tu..

cik bonbon said...

Arry
pas nie aku cadang nak buat almond butter lak.. itu hari ada nampak resepi nutella, kena tambah almond milk tak silap aku..baru sedap n creamy...

@shahrul..
kacang kan ada lemak sihat.. memang bila blend nanti akan kuar minyak semulajadi kacang tu..prinsip sama mcm buat kerisik..asal kerisik dari kelapa parut.. bila tumbuk halus nanti kelapa parut akan kuar minyak, lalu menjadi kerisik..

truth said...

Cuma nak share, peanut butter di kedai kebanyakkannya guna hydrogenated oil yg bahaya utk kesihatan & sgt2 tak sesuai utk turunkan berat. Tahniah kerana pilih kesihatan berbanding mkn sedap tp mudarat.

liza boarding said...

salam sis, boleh tau kat mana boleh dapatkan steffi's peanut ni.

Post a Comment