Wednesday, 18 December 2013

Greek Yogurt : Farmers Union Vs Sunglo


Sapa penah jumpa greek yogurt jenama nie, sila angkat telinga..!!

Ni jenama Farmers Union. Import mali dari Austrailia gitew.. Kisah nya aku tak tau pun kewujudan yogurt nie.. Semuanya salah cube mate aku .. Memandangkan beliau ada mix mat salleh, beliau suka  makan makanan very the omputih sangat..(berbelit lidah aku nak cakap english dgn dia..cakap bm dia tak faham lak) Dia cakap nie greek yogurt paling sedap di dunia, bla bla bla.. (Dia la kata kann). Sunglo pun tak boleh lawan (Dia yang kata bukan aku) 




Oleh kerana dia beria-ia sangat promote Farmer Union, maka satu hari dia tolong belikan untuk aku kat Quensbay mall.. Nak tau tak harga berapa..? RM 6 hingget kata kooo.. Dua kali ganda dari harga Sunglo.. Lantas, tercetus la idea untuk aku buat perbandingan dua jenisan greek yogurt nie.. 




Jika dibandingkan dari segi size, Farmers Union lagi besar.. Ye la Farmes Union punya dalam 200g, manakala Sunglo 135g



Ni close up pic, dari segi warna Sunglo lebih cerah dari Farmers Union tetapi Farmers Union lebih berkrim.. Ahhhh.. aku tau mesti korg nak tau dari segi rasa kan kan kan.. Bagi aku Farmers Union lebih masam dari Sunglo dan rasa lebih bersusu..Sekali telan terasa bagaikan berada di ladang lembu Aussie..(bukan main lagi noo..huhu) Ok la, secara keseluruhannya bagi aku tak da la jauh beza sangat rasanya.. Yang pasti Farmers Union jenis ori tetapi Sunglo low fat punya.. Itu pasal dari segi kalori Farmers Union menang iaitu 134 kcal banding Sunglo 85 kcal.. Padan la Farmers Union mahal mak datuk.. 


Masa aku dok bergigih snap pic nie, mama dok bising.. "apa la dok promote produk org, bukan hang dapat apa pun".. speachless...  (mohon orang Farmers Union boleh sponser gua)


5 comments:

nanadhoi said...

"apa la dok promote produk org, bukan hang dapat apa pun"
LOL.
nampak menyelerakan pulak Farmers union ni, tp mahaaall.

cik bonbon said...

try la beli sekali seumur hidup..kalau tak suka benda masam tak yah beli kang membazir..huhu

arry said...

buat sendiri la, senang je..

Hafizah Ibrahim said...

nice entry. tq for the info. selamatberkenalan :)

Teh Hijau said...

makan yogurt expire ke.. kat situ dia tulis 16 Nov 13..atau buat extry lepas sebulan beli..hehe

Post a Comment