Sunday, 8 March 2015

Lillahita'ala




Assalamualaikum..

Pegh dah lama gila aku tak jenguk blog ni..
Aku hampir terlupa yang aku ada blog..huhu...
Blog ni aku wujudkan atas 1 konsep..iaitu AKU NAK KURUS..
Adakah aku berjaya?? Mmmm <<keluhan yang berat.. 
Nampaknya ia terbalik.. Aku membesar dgn jayanya..Kaki aku makin sakit.. Baju-baju makin ketat.. 

Dalam tahun lepas aku cuba nak buat comeback.. Aku masuk Jom Kurus 1 Malaysia.. Aku siap buat bengkel kurus.. Tapi.. Aku dok macam ni lagi.. Siap naik berat lagi ada la..

I don't know whats going wrong.. ??

Sejujurnya aku dulu tak faham kenapa orang lain tak boleh berusaha nak kurus, jaga makan dan bersenam... Aku juga tak faham kenapa orang lain susah sangat nak bersenam.. Dalam hati ni kekadang berbisik mengatakan mereka ni nampaknya tak serius.. tak peduli.. 

Di usia dah masuk ambang 30 an baru aku faham.. Mat salleh kata 'reality check'... Semangat yang aku ada masa zaman 20 an dulu dah tak da... Aku rasa loser sangat-sangat.. Ye la, ilmu ada tapi kenapa gagal praktikan pada diri sendiri... Jawapannya ialah KEAZAMAN...setinggi mana pun pengetahuan ko pasal ilmu kurus ni.. Selagi ko tak da azam yang tinggi, memang takkan ke mana mana.. Aku cepat mengalah dan cepat terdorong dengan nafsu.. 

Aku cuba buat post mortem.. Di mana silapnya????

Aku rasa silap yang utama ialah aku tak bahagia... Ya.. aku tak bahagia.. walaupun di luar aku nampak macam ceria.. tapi dalam hati ni Tuhan saja yang tahu.. 

Bagaimana nak bahagia???? aku lihat keliling, aku ada berjuta juta alasan yang aku boleh berikan.. aku boleh kasi pelbagai sebab punca aku tak bahagia.. ia seolah satu makhluk jahat yang makin hari makin membesar dalam diri aku.. hinggakan ia hampir menjadi raja menguasi diri aku.. 

Rupanya nak kurus bukan hanya takat jaga makan dan senam.. Ia lebih dari itu.. !! Ia terlalu mendalam hingga ia melemaskan aku... 

Sebenarnya apa yang aku mahu dalam hidup aku????

Aku nak bahagia...!!

Bunyinya macam simple.. tapi ia tak semudah itu.. Adakah dgn menjadi kurus aku akan bahagia?? Aku terpaksa menahan nafsu makan aku.. aku rasa terseksa.. So bagaimana nak teruskan jika aku rasa tak bahagia..

Untuk bahagia, aku kena kembali pada Penciptaku.. Yaa.. kembali pada Allah.. biar berjuta masalah kita hadapi jika kita kembali pada -Nya.. hati ni akan tenang.. 

Sesat.. Yaaa.. Aku sudah sesat jauh... Aku hidup seolah tiada arah tujuan... sedangkan aku diciptakan utk beribadat pada-Nya.. Aku kena belajar untuk bersyukur dan memaafkan semua orang.. agar hati menjadi lapang dan ceria... 

Mungkin di situ aku akan temui kekuatan aku.. Agar aku jadi lebih bersemangat dan mencapai impian untuk kurus.. erkk.. aku rasa aku kena ubah..bukan kurus tapi menjadi sihat... 

Badan yang sihat datang dari akal yang sihat...
Akal yang sihat datang dari rohani yang sihat....
Rohani yang sihat datang dari Allah...

Semuanya kena bermula dengan niat lillahita'ala...

<< Tiba tiba macam blog agama lak.. huhu..  Sebenarnya aku dah dekat sebulan sakit...dah sebulan jugak aku tak berenang..  Aku juga rasa down orang pakat kawin sedangkan aku masih membujang.. 

1 comments:

Gorjes Ke?? said...

bahagia tu subjektif syik
tapi apa yang syik ckp tu betul kita kena berbalik pada Allah SWT
pasal jodoh tu kita cuma boleh berusaha tp segalanya dah tertulis di tangan Allah
berdoa, bersabar, berusaha

Post a Comment